Trending By: Padin November 26, 2020 @ 9:59am

Pernah Dikecam Menari Dalam Muzik Video, Wani Syaz Keluar Zon Selesa

Biarpun pernah dikecam kerana menari dalam muzik video lagu Pendusta Cinta, penyanyi Wani Syaz mengakui kecaman itu membuatkan namanya lebih dikenali ramai.

Menerima sokongan peminat dan tidak kurang juga kecaman haters, pemilik nama Nursyazwani Selamat, 23, mahu mencuba sesuatu yang baru.

“Jika perkara terbabit dinilai dari yang baik, tindakan yang diambil amat bertepatan dengan lagu terbabit, malah menampakkan kematangan saya yang sebelum ini sekadar berada di zon selesa.

“Sebagai seorang penyanyi, suka atau tidak, saya harus berani mencuba. Walaupun pada mula-mula terbit rasa segan dan malu, saya simpan rasa itu dan akhirnya saya rasa selesa serta seronok.

“Kalau tak cuba, tak tahu kan? Saya pun tak mahu peminat bosan. Akhirnya, sehingga kini, lagu kolaborasi saya bersama rapper Waris itu mendapat lebih 26 juta tontonan di laman YouTube,” kata Wani.

Terbaru, gadis yang berasal dari Johor itu sekali lagi muncul dengan single rancak berjudul Habibi dan sekali lagi, Wani menari dalam muzik videonya.

“Saya mempertaruhkan lagu irama padang pasir dengan sentuhan moden. Lagu yang merupakan ciptaan DJ Fuzz, Aziquebeats dan Waris ini mengisahkan mengenai seorang insan yang ingin mencari teman hidup.

“Saya tak ada masalah untuk menyanyikan lagu sebegini kerana irama padang pasir yang diterapkan sentuhan moden seperti Habibi merupakan genre kegemaran saya, ia juga sangat bersesuaian dengan vokal saya.

“Saya harap, lepas orang ramai mentonton muzik video Habibi ini, tiada yang memberi kecaman. Bagilah peluang saya keluar dari zon selesa. Kalau boleh, pada masa akan datang, saya nak mencuba genre yang jauh lebih berbeza supaya saya dapat membuktikan dan mencabar kemampuan vokal sendiri,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 1 Sep 2020
Trending Mon, 9 Nov 2020
Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Trending Wed, 23 Dec 2020
Featured Tue, 30 May 2023

Selepas Dedah Kahwin Di Luar Negara, Tash Yong Pilih Tutup Mulut – “Cara Terbaik Adalah Diam”

Diam, menyepi, berdamai dengan diri, makan & tidur – Tash Yong

Featured Wed, 7 Sep 2022

Jenayah Atau Aib? Peguam Ulas Isu Puteri Balqis – “Kes Boleh Jadi Rumit Sebab…”

Alamak, boleh jadi rumit sebab apa tu? 🤯🥲 Moga semuanya baik baik saja

Featured Tue, 27 Jun 2023
Trending Fri, 16 Mar 2018

TMJ Letak Jawatan?

” Kepada seluruh Bangsa Johor yang saya sayangi dan juga kepada para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya..Daddy’s home!,” katanya menerusi akaun terbabit.