Categories: FeaturedTrending

Persenda Islam, sejak bila wujud ‘Agama BTS’ atas muka bumi ini? Fanatik K-Pop buat hal

Baru minggu lalu memuji ketampanan dua anggota kumpulan BTS, V (Victory) dan Jin memakai serban, semalam tular pula berita pengikut kumpulan berpengaruh dunia ini menghina Islam.

Segalanya bermula, apabila satu kumpulan di Telegram yang mewujudkan ruangan sembang dengan menggunakan ‘Agama BTS’ menjadi tular di media sosial semalam.

Difahamkan ruangan sembang ‘Agama BTS’ diwujudkan oleh sekumpulan peminat yang begitu taksub dengan kumpulan K-Pop itu.

Sama sekali tidak masuk akal apabila ruangan sembang yang disertai hampir 4,000 ahli merangkumi Malaysia dan Indonesia, malah sebahagian yang terjebak adalah Muslim. Astaghfirullahal‘Adzim!

Perbuatan itu menimbulkan kemarahan ramai, malah lebih parah lagi apabila ahli kumpulan telegram mempermainkan beberapa kalimah suci sehingga ada yang menyelitkan nama anggota BTS pada bacaan berkenaan.

Selain itu, mereka juga mewujudkan rukun BTS bagi kumpulan Telegram itu.

Foto: Buzz Kini

Sikap melampau yang dipamerkan pengikut ruangan sembang berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dan kemarahan Army (fandom) di Malaysia, sehingga menggesa mereka, membuat laporan mengenai ruangan sembang berkenaan.

Foto: Buzz Kini

Foto: Gempak

Army juga mendesak ahli ruangan sembang itu memohon maaf dan memadamkan kumpulan telegram berkenaan.

Goyang dengan gesaan Army, ada ahli kumpulan itu tampil membuat pengakuan mereka sebenarnya adalah haters kumpulan berkenaan dan mahu memburukkan peminat BTS.

Sikap biadap haters kumpulan K-Pop, termasuklah menyamar sebagai peminat dan memberikan makanan beracun kepada artis (TVXQ), membeli tiket konsert secara pukal dengan tujuan supaya konsert tidak dapat dihadiri peminat kerana kehabisan tiket (BTS) dan juga melakukan ‘Black Ocean’ (konsert tanpa nyalaan light stick) yang pernah dilalui oleh TWICE.

Yanie Baharom