Featured By: Yanie Baharom April 27, 2020 @ 2:00pm

Pertama kali berpuasa penuh, ratu terjun negara, Pandelela tabik pada orang Islam

Pertama sekali, Hijab & Heels ingin ucapkan tahniah kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong kerana berjaya menyempurnakan percubaan puasa yang pertama. Satu hari puasa penuh ya!

Seluruh rakyat Malaysia tahu, Pandelela adalah penganut agama Kristian, namun beliau secara suka-suka ingin mencuba berpuasa.

Tiada yang menghairankan mengenai situasi ini kerana penulis sendiri mempunyai rakan-rakan bukan Islam, tetapi suka berpuasa. Bagi mereka itu jalan pintas untuk menurunkan berat badan, selain menghormati sahabat berbangsa Melayu.

Apa yang menariknya mengenai luahan Pandelela selepas berjaya melengkapkan puasa pertamanya, pengalaman itu membuatkan dia berasa lebih hormat dan kagum dengan orang Islam yang menunaikan ibadah tersebut.

Menurut Pandelela dia berjaya berpuasa penuh selama sehari, namun akui ia membuatkan dia merasai nikmat kehausan sebenar.

“Pertama kali berpuasa penuh seharian membuatkan saya dapat merasai nikmat kehausan sebenar. Saya benar-benar respect kepada orang Islam yang berpuasa selama sebulan.

“Jika saya hanya baring tanpa melakukan apa-apa mungkin saya akan teruskan berpuasa tapi saya tak boleh. Lebih-lebih lagi saya melakukan senaman. “Kagum dengan rakan atlet saya yang beragama Islam yang berpuasa,” katanya.

Berkongsi pengalaman berpuasa dalam akaun Instagram miliknya, sambil berkongsi video sedang minum segelas air, hantaran tersebut mendapat reaksi ramai pengikutnya yang memuji dan menghargai usahanya itu.

Pandelela, anak jati kelahiran Sarawak merupakan atlet terjun wanita pertama negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik pada 2016.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Jul 2022

Hajat Paling Terindah, Nelydia Senrose & Suami Tunai Ibadah Haji

Alhamdulillah, seronoknya 🥰 Untung dapat tunai Haji di usia yang sangat muda 🥹🥹 Rezeki paling indah 🤩

Featured Mon, 18 Mar 2024

“Tak Pernah Sesaat Saya Lepas Tangan”- Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut, Minta Abby Bertenang Isu Anak

Alamak, ni dah kes lain ni bila masing-masing saling berbalas komen di media sosial 😱

Featured Tue, 2 Nov 2021

Bayaran i-Citra RM1,000 Mula Dikreditkan November Ini, Jom Semak Tarikh Bayaran & Status Permohonan

Untuk makluman, bayaran i-Citra bagi bulan keempat iaitu November 2021 bakal dilaksanakan pada awal bulan ini. Pengeluaran pembayaran sehingga RM5,000 juga telah bermula pada bulan Ogos lalu dan akan dibayar setiap bulan sehingga tempoh lima […]

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Featured Sun, 24 Dec 2023