Categories: Trending

Perut Wanita Mengandung Dibelah Dan Bayinya Diculik

eorang wanita berusia 38 tahun mengaku membunuh seorang ibu mengandung untuk menculik bayi didalam perutnya.

Perbuatan kejam ini dilakukan oleh Brooke Crews yang dikaitkan dengan konspirasi penculikan.

Mangsa, Savanna Greywind yang bekerja di pejabar undang-undang dipercayai sedang mengandung lapan bulan ketika dibunuh.

Perut mangsa dibelah dan bayinya diculik sebelum dia meninggal dunia akibat dari pendarahan yang teruk dan mayatnya ditemui di sebuah sungai.

Bagaimanapun, bayinya yang dilarikan selamat ditemui di sebuah apartment milik suspek dan kini bayi tersebut berada di bawah jagaan bapanya, Ashton Matheny.

Crews dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Sumber- Dailymail

SGMS Enal