Trending By: Padin July 2, 2021 @ 6:10pm

Peserta Vokal Mania Zareef Sein Kini Tampil Dengan Single Cinta Syurgaku

Muhammad Zareef Hussein Anwar Hussein atau nama pentasnya Zareef Sein merupakan pendatang baru dalam dunia seni suara tanah air.

Penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur ini mula mengasah bakat nyanyiannya seawal usia 13 tahun dan pada tahun lalu, Zareef telah menyertai program realiti Vokal Mania di TV3.

Dalam program terbabit, Zareef pernah menewaskan penyanyi Aina Abdul dalam pusingan battle antara rookie dan idol.

Pada tahun ini, Zareef telah mengorak langkah dengan melancarkan single solo terbaharunya yang berjudul Cinta Syurgaku.

Lagu Cinta Syurgaku merupakan lagu ciptaannya sendiri dan telah diberikan susunan muzik indah oleh komposer terkenal tanah air iaitu Audi Mok.

Single solo pertama Zareef ini merupakan percubaannya dalam membina nama dalam industri muzik.

“Idea untuk Cinta Syurgaku ini muncul ketika saya berada di dalam bilik. Semua lagu yang saya tulis adalah berdasarkan kisah yang terjadi di dalam ‘dunia cinta’ saya yang tidak berakhir dengan baik.

“Tetapi apabila saya menulis lirik, saya andaikan cerita cinta itu berakhir dengan happy ending,” katanya.

Jelas Zareef lagi, proses untuk menulis lirik Cinta Syurgaku ini mengambil masa yang singkat sahaja iaitu 30 minit dan proses merekod single ini pula mengambil masa selama 3 jam.

Tambah Zareef, bekerjasama dengan komposer terkenal, Audi Mok merupakan satu penghargaan buat dirinya sebagai pendatang baru di dalam industri muzik Malaysia.

“Saya berterima kasih kepada Warner Music Malaysia atas peluang yang diberikan untuk merakamkan lagu ini. Menerusi Cinta Syurgaku, saya berharap ia dapat mengetengahkan semula bakat saya kepada peminat seni dan pendengar muzik tempatan.

“Harapan saya agar lagu ini akan diterima baik oleh pendengar muzik di luar sana. Mudah-mudahan lagu ini mampu memeriahkan lagi industri muzik Malaysia dalam masa-masa sukar seperti ini,” jelas penyanyi berusia 21 tahun ini.

Single Cinta Syurgaku terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music manakala video muzik rasmi Cinta Syurgaku boleh ditonton di YouTube Warner Music Malaysia bermula 7 Julai 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Nov 2022

“Menggelabah Kemas Rumah!” – Prank Ibu Mertua Datang Mengejut, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Harris Annuar & Isteri 

Siapa yang akan jadi menggelabah jugak bila ibu/ayah mertua nak datang rumah? 🤣🤣 Comel je pasangan sejoli niii 🤣🤣

Featured Fri, 14 Sep 2018

Coretan Indah Fazura Buat Fattah Sempena Ulang Tahun Ke-28 Suaminya. Happy Birthday Fattah!

Fazura mengusik hati netizen dengan beberapa posting romantis di Instagram sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Fattah Amin.

Featured Fri, 10 Mar 2023

Anwar Lantik Johari Ghani Ketuai Pasukan Bertindak 1MDB

Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengetuai pasukan petugas khas untuk menyelesaikan skandal 1MDB.

Trending Wed, 1 Jul 2020
Hiburan Mon, 10 Jul 2023

“Bukan Waktunya Lagi Untuk Berlumba Dengan Penyanyi Muda” – Siti Nurhaliza

Bukan masa Siti nak bersaing dengan penyanyi muda sekarang!