Trending By: Attiqah Mohd April 16, 2019 @ 11:38pm

“Pilu Sedih Menitik Air Mata Tengok”- Kisah Bayi 4 Bulan Menghidapi Ketumbuhan Buat Netizen Sebak

Tular di laman sosial apabila kisah seorang bayi yang menghidapi ketumbuhan dan kanser mendapat perhatian ramai netizen. Kisah mengenai keadaan bayi itu diceritakan sendiri oleh bapanya, Ahmad Safiuddin di status laman Facebooknya. 

Ahmad Safiuddin menceritakan rentetan kisah Ainul Mardhiah sejak dilahirkan sehingga disahkan oleh doktor bahawa anaknya menghidapi kanser. 

Menurut bapanya, Ainul Mardhiah dilahirkan pramatang ketika usia kandungan isterinya mencecah 31 minggu. Kedua-dua ibu bapanya sedar mengenai ketumbuhan di mulutnya sejurus selepas Ainul dilahirkan. Ainul kemudiannya dimasukkan ke wad kecemasan kerana keadaanya kritikal , bayi itu menghidapi dua masalah iaitu pramatang dan ketumbuhan.

Walapun ketumbuhan pertamanya berjaya dibedah dan dibuang, namun muncul ketumbuhan kedua di mulutnya membuatkan bayi tersebut perlu menjalani kemoterapi kerana disahkan menghidapi kanser.

Keadaan bayi yang berusia hanya 4 bulan itu menerima pelbagai komen dan kata-kata semangat daripada netizen yang runtun hati melihat keadaannya. 

sumber:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2428024560554721&set=pcb.2427979980559179&type=3&theater

 

Melihat komen yang diterima daripada netizen sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja sebak. Buat kedua-dua ibu bapa Ainul Mardhiah semoga sentiasa kuat untuk menghadapi ujian. Semoga cepat sembuh, sayang. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Aug 2022

[VIDEO] “Takut Terkena Demam Panas” – Bella Astillah Guna Trend Audio Pontianak, Dibanjiri Nasihat Netizen

Bella Astillah dinasihati netizen untuk tidak perlakukan anaknya sebegitu.

Trending Sun, 1 Aug 2021

ICSYVMY4 Bakal Melabuhkan Tirai Malam Ini, Boleh Ke Amy Search Menemui Penyanyi Sebenar?

Tiga minggu berturut-turut, artis jemputan I Can See Your Voice Malaysia 4 (ICSYVMY4) iaitu Ruffedge, Azlan Typewriter dan Adira Suhaimi gagal dalam percaturan mereka untuk mengenal pasti penyanyi sebenar. Namun begitu, pada episod minggu lalu, […]

Featured Fri, 9 Sep 2022

[VIDEO] “Kantoi, Ni Kot Yang Jebat Sebut GF Baba…” – Tular Foto Bersama Pramugari, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad

Steady Mamuuu 🤣 Sharnaaz Ahmad ‘kegilaan’ ramai wanita! Gitewww 🥵🤪

Featured Tue, 20 Sep 2022

Bapa Jadikan Dua Anak Hamba S*ks Sejak 7 Tahun Dipenjara 428 Tahun & 240 Sebatan

Fuhhh, hukuman setimpal dengan perbuatan keji bapa durjana 😡🤬🤬

#LaguXTRA Thu, 13 Jul 2023
Featured Thu, 27 Oct 2022
Trending Fri, 12 Feb 2021

“5 Tahun Kahwin, Tak Pernah Honeymoon Dengan Syatilla” – Shaheizy Sam

Pasangan selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendedahkan mereka tidak pernah berbulan madu walaupun sudah lima tahu mendirikan rumah tangga. Menyambut ulang tahun perkahwinan pada 8 Februari lalu, Sam dan Tilla sepatutnya bercuti namun […]