Trending By: Salma Syahbuddin April 24, 2020 @ 9:00am

PKP Dilanjutkan Sehingga 12 Mei, Beri Kelonggaran Buat Mereka Yang ‘Terkandas’

Dalam ucapan khas Perdana Menteri semalam, kerajaan telah menetapkan PKP dilanjutkan lagi selama dua minggu iaitu sehingga 12 Mei ini.

Ianya bertujuan untuk memberi sedikit kelonggaran terhadap dua perkara iaitu pelajar di kampus yang mana mereka tidak dibenarkan pulang dan kebenaran satu kali perjalanan kepada rakyat yang terkandas di kampung atau tempat lain sebelum PKP fasa pertama dikuatkuasakan.

Sumber : Google

Menurutnya, proses membawa pelajar pulang giat dirancang kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandangkan ia membabitkan jumlah yang besar, iaitu hampir 100,000 pelajar.

Justeru itu, kerajaan mesti merancang pergerakan pelajar terbabit dengan teliti untuk pastikan ia teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan  Covid-19.

Sumber : Google

“Sebelum dibenarkan pulang, semua pelajar ini akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala Covid-19. Kepada anak kita yang berada di kampus, insya-Allah dalam tempoh yang tak berapa lama lagi, anda semua boleh pulang ke pangkuan keluarga

“Saya tahu anda semua rindukan anak masing-masing. Insya-Allah, dalam sedikit masa lagi, anak anda dah boleh berada di rumah. Yang penting mereka semua boleh pulang dengan selamat,” 

Sumber : Google

Manakala, bagi mereka yang yang berada di kampung atau di tempat lain dan hendak balik semula ke rumah masing-masing, kerajaan menimbang untuk memberikan kebenaran satu kali perjalanan bagi tujuan ini.

“Seperti yang diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, mereka yang terbabit boleh mendaftar secara online di aplikasi disediakan PDRM, atau membuat temu janji untuk hadir ke balai polis bagi tujuan membuat pendaftaran.

Sumber : Google

Menurut beliau, butiran terperinci mengenai perkara ini akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat.

“Ini adalah sedikit kelonggaran yang diberikan setakat ini. Saya ulang sekali lagi, sedikit kelonggaran. Bukan terlalu longgar

“Kedua-dua langkah ini juga akan dipastikan teratur dan tidak menjejaskan usaha kita memerangi Covid-19,” Jelasnya ketika dalam Perutusan Khas Ramadan secara langsung pada Khamis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 Jan 2023

Kongsi Tip Untuk Bahagia, Puteri Sarah Akui Sabar & Tenang Hadap Ujian Tuhan

Pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi tip mencari bahagia ketika dirinya diuji oleh Tuhan. @faiznurzin #fyp #faiznurzin #tiktokmalaysia #kekuatan #kesabaran #ketenangan #puterisarahliyana ♬ original sound – ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @faiznurzin di TikTok, […]

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Featured Wed, 22 Jun 2022

Didakwa Bertunang, Syamsul Yusof Dedah Status Terkini Dengan Ira Kaza

Cukuplah… beri mereka masa untuk settle cara baik.

Trending Thu, 5 Nov 2020
Trending Sun, 26 Aug 2018

Curi Petai Punya Pasal, Lelaki Patah Tulang Rusuk

Difahamkan, dua cucu lelaki pergi ke kebun datuk mereka untuk ‘spot check’ kawasan persekitaran kerana difahamkan kerap berlaku kecurian petai sebelum ini.