Categories: Trending

PKPB: 10 Jalan Ditutup, 5 SJR Di Mukim Klang Berkuatkuasa Hingga 23 Oktober

Umum sedia maklum,  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan di beberapa kawasan di Klang mulai tengah malam tadi sehingga 23 Oktober depan.

Namun begitu, bukan seluruh daerah Klang ditutup sebaliknya hanya beberapa mukim di Klang sahaja.

Kredit: BH

3 sekatan jalan raya, 7 jalan ditutup di Klang Selatan

“SJR di kawasan Bukit Tinggi membabitkan Persiaran Pegaga (Berhadapan Restoran Subaidah) dan Jalan Kim Chuan (Berhadapan 99 Speedmart).

“Jalan yang ditutup membabitkan Jalan Batu Unjur 9, jalan masuk berhadapan kedai elektrik Onking Chain-Store (Malaysia) Sdn Bhd dan lorong masuk berhadapan Kedai Motosikal Wisfatt.

“Bagi Taman Sri Andalas pula, SJR dilaksanakan di persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr Ismail, manakala jalan yang ditutup adalah berhadapan Masjid Ar Rahimiah, Jalan Sri Siantan, Jalan Sri Siantan 41 dan Jalan Sri Damak 53,” – Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli.

Balai Polis Bergerak turut disediakan di dua lokasi Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas untuk memudahkan pergerakan keluar masuk orang ramai. 

Di daerah Klang Utara pula sekatan jalan raya dijalankan di Lorong Perak, Jalan Raksa 3 dan Raksa 4.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”