Memandangkan peningkatan kes Covid-19 di daerah Petaling Jaya semakin membimbangkan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menutup semua sekolah.
298 sekolah termasuk dalam zon merah
Semua sekolah yang berada di zon merah terutamanya di kawasan Petaling, Selangor akan ditutup bermula 12 Oktober sehingga 25 Oktober 2020.
Bilangan sekolah ini juga merangkumi sekolah rendah, menengah dan swasta yang berdaftar dengan KPM.
Manakala, sekolah yang mempunyai asrama termasuklah Kolej Vokasional juga di arahkan tutup.
Jadual semula peperiksaan SPM
Bagi kebanyakan sekolah yang sedang melaksanakan peperiksaan percubaan SPM, sekolah tersebut diminta untuk menjadualkan semula peperiksaan ke suatu tarikh yang bersesuaian.
Senarai sekolah diarah TUTUP!
Ini antara senarai sekolah di zon merah yang diarah tutup oleh pihak KPM.







