Dalam sidang media bersama Menteri Kanan (Keselamatan) hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pasangan jarak jauh diberi kebenaran untuk bersama pasangan masing masing ketika PKPB.
Perlu Mendapat Kebenaran PDRM
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini berikutan terdapat pergerakan merentas negeri dan kebenaran perlu diperoleh kerana ia adalah prosedur operasi standard (SOP) PKPB.
“Bagi kes pasangan yang tidak mendapat kebenaran itu, mungkin atas sebab yang kurang meyakinkan kerana semuanya tertakluk kepada kelulusan PDRM,” tambahnya lagi.