Trending By: Salma Syahbuddin July 1, 2021 @ 8:10pm

PKPD Di KL & Selangor : Operasi Premis Makanan Kembali Berkuat Kuasa Dari 8 Pagi Hingga 8 Malam

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata operasi restoran, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

Selain itu, sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur bermula Sabtu ini.

“Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

“Hospital, klinik dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.

“Farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, pembelian makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dibenarkan.

Beliau berkata, pasar borong dibenar beroperasi bermula 12 tengah malam hingga 6 pagi manakala pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) dan MyFarm Outlet (MFO) dibenar beroperasi bermula 6 pagi hingga 2 petang.

“Stesen minyak dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam,” jelasnya.

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Aug 2023
Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Featured Tue, 10 May 2022
Trending Sat, 26 Dec 2020
Trending Tue, 20 Aug 2019

Azah Aziz Penyokong Tegar LGBT?

Benarkah Azah Aziz seorang penyokong tegar LGBT?

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
familuv Tue, 17 Jan 2023

“Sampai Mampus Pun Hidup Kau Sempit Sebab…” – Suami Fatin Afeefa Minta Netizen ‘Stop’ Bandingkan Diri

Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati warganet untuk tidak membandingkan diri sendiri dengan orang lain. @aliff_awangRILEK AAAA WEH Ramai sibuk mengejar impian tapi sekerat jalan. Semua berpunca dari KAU bandingkan diri KAU […]

error: Content is protected !!