Categories: Trending

PKPP: Tidak Perlu Lagi Periksa Suhu Badan Di Setiap Kedai-MKN

Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri hari ini memaklumkan bahawa setiap pelanggan yang memasuki setiap kedai dan premis perniagaan di pusat membeli belah tidak perlu memeriksa suhu badan.

Beliau menambah lagi bahawa, kewajipan untuk memeriksa suhu badan kini ditetapkan hanya pada pintu masuk di pusat membeli belah dan hanya diperiksa sekali sahaja.

Walaubagaimanapun, pelanggan masih perlu mencatit nama dan nombor telefon di premis kedai yang dimasuki

Saringan suhu hanya di pintu masuk hotel, restoran

Dalam pada itu, saringan suhu juga hanya diwajibkan diperiksa di setiap pintu masuk seperti hotel dan restoran.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya hari ini. Untuk info lanjut tonton video di bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”