Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bagi tempoh Jun sehingga Disember 2020 hari ini.
Perutusan khas pelan pemulihan jangka pendek ini akan disiarkan secara langsung pada jam 3 petang ini di TV3.
Ambil kira 3 faktor penting iaitu…

Perutusan khas tersebut juga dijangkakan bakal tertumpu kepada tiga aspek utama iaitu, memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi yang teratur dan selamat.
Manakala, garis panduan kesihatan dan kaedah operasi selamat di dalam norma baharu adalah pembangunan kapasiti, pengambilan pekerja dan penjanaan pekerjaan serta meningkatkan perbelanjaan pengguna, terutamanya melalui saluran digital dengan cara operasi baru turut diambil kira.
Malaysia mampu hadapi cabaran ekonomi global
Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dengan langkah yang bakal diumumkan itu, kerajaan yakin Malaysia mampu berada dalam persiapan yang kukuh untuk menghadapi keadaan ekonomi global yang semakin mencabar.

Tambahnya, walaupun ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih perlahan pada tahun ini, sebaliknya pertumbuhan ekonomi pada 2021 dijangkakan akan lebih baik .
Jadi, jangan lupa saksikan perutusan khas Perdana Menteri pada jam 3 petang ini hanya di TV3 atau boleh saksikan menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my