Trending By: Fatin Nurain April 26, 2022 @ 3:58pm

Polis Jangka Kes Pecah Rumah Meningkat, Lancarkan Kempen Rumah Selamat Sempena Aidilfitri Ini

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai, menjangkakan kes jenayah pecah rumah meningkat pada musim Aidilfitri tahun ini susulan peralihan ke fasa endemik.

Menurut Ben, kadar kes jenayah pecah rumah pada musim perayaan menurun sejak dua tahun lalu susulan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang berkuatkuasa di seluruh negara.

“Pada 2019 sebanyak 28 kes jenayah pecah rumah dicatatkan di daerah Sentul dan jumlah ini turn kepada 19 kes pada 2020. Pada 2021, hanya 14 kes dicatatkan.

“Setelah dua tahun orang ramai tidak dapat pulang ke kampung, kita jangka tahun ini banyak rumah yang akan ditinggalkan kosong (ketika musim perayaan) dan ini merupakan satu cabaran bagi pihak polis untuk memastikan setiap rumah tersebut selamat dan tidak dipecah masuk pencuri,” katanya.

Beliau turut menjelaskan pihak polis akan menjalankan operasi secara berkala bagi membanteras jenayah tersebut bermula dengan Kempen Rumah Selamat.

Kempen tersebut akan dilancarkan di seluruh negara sempena musim Aidilfitri pada hari ini.

Kempen Rumah Selamat merupakan usaha pencegahan jenayah melalui rondaan anggota PDRM di kawasan taman-taman perumahan yang didaftarkan sepanjang musim perayaan.

Selain itu, seramai 106 pegawai polis akan terlibat dalam kempen ini bagi daerah Sentul terutamanya di Jinjang, Kepong dan Sentul.

“Hebahan telah pun dibuat kepada komuniti setempat bagi menggalakkan orang ramai mengisi borang balik ke kampung. Polis akan meronda sekurang-kurangnya sekali sehari bagi setiap rumah yang didaftarkan.

“Borang tersebut boleh diperolehi secara fizikal di Kawasan Rukun Tetangga terdekat atau melalui atas talian menerusi Facebook dan WhatsApp,” katanya.

Beliau turut menyarankan orang ramai yang akan pulang ke kampung agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan rumah dikunci dengan baik, memasang lampu di sekeliling rumah serta memasang kamera litar tertutup jika berkemampuan.

“Yang atas jalan raya juga diingatkan supaya berhati-hati, jangan pandu laju lebih-lebih lagi ketika hari hujan. Ingat, walaupun kita dibenarkan beraya di kampung, jaga SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bag membendung COVID-19,” katanya.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 12 Mar 2019
Trending Thu, 29 Mar 2018

Tinggalkan Dunia Perguruan, Wanita Ini Tampil Dengan Teknik Solekan Yang Luar Biasa

Menjadi jurusolek itulah yang dicita-citakan sejak dulu. Tidak menunggu masa yang lama Mimi Choi, 32, cepat membina populariti malah sangat terkenal dengan keupayaannya membuat solekan ilusi.
Bercakap mengenai kerja lamanya, bidang perguruan membataskan dirinya untuk menyerlah bakat yang sebenar.

Featured Tue, 21 Sep 2021
Featured Tue, 13 Jun 2023
Trending Tue, 9 Jan 2024
Trending Mon, 1 Aug 2022

“Tinggal Barang Hantaran” – Menjelang Detik Bahagia, Mas Idayu Nikah 16 September?

Mas Idayu hampir siap persiapan dan bakal nikah bulan September.