Trending By: SGMS Enal August 5, 2019 @ 3:33pm

Polis Nafi Kes Culik Tentang Kes Remaja Hilang

Polis hari ini menafikan kes kehilangan remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, sejak pagi semalam di resort The Dusun, merupakan satu kes penculikan seperti dilaporkan media asing.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes masih diklasifikasikan sebagai orang hilang.

“Kita tidak dapat elemen dan petunjuk menyatakan adat unsur jenayah dan sebagainya sebab itu kita masih yakin mangsa ini hilang dan kita perlu mencarinya. Tiada unsur-unsur jenayah didapati setakat ini.

“Kita juga percaya mangsa masih berada di kawasan sekitar sebab itu aset-aset kita tumpukan di sini seperti Pasukan Gerakan Am, helikopter, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, dan Rela,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Mohamad dalam pada itu turut meminta agar sebarang maklumat yang ingin disampaikan perlulah tepat dan tidak menokok tambah cerita berkenaan isu kehilangan remaja ini.

“Sekiranya mereka ada maklumat yang tepat, gunakan dengan saluran betul dan tidak menyebarkan ke saluran tidak betul sehingga media asing memetik kenyataan sebarangan melalui info tidak tepat.

“Kita boleh mengambil tindakan kepada mereka kerana telah menyebar maklumat palsu dan diharapkan kerjasama orang awam serta media supaya memberikan maklumat yang tepat agar kita dapat menyelesaikan kes ini dengan baik,” katanya.

Beliau berkata operasi malam ini masih tetap diteruskan dan dijalankan di sekitar jalan darat dan denai-denai di kawasan persekitaran resort itu.

“Esok kita jangkakan akan tambah lagi keanggotaan pihak berkuasa dan membuat pencarian semula di kawasan yang telah kita cari pada siang tadi dan kawasan di sebelah bawah menghala ke kawasann Pantai ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan remaja berkenaan disedari hilang daripada bilik penginapannya di sebuah resort di sini oleh keluarganya pada pukul 8.00 pagi.

Keluarganya juga memaklumkan bahawa remaja perempuan itu mengalami masalah pembelajaran.

Berita kehilangan remaja berkenaan turut disiarkan oleh media antarabangsa.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Trending Tue, 24 Dec 2019

RM100,000 Could Be Fined If Caught Hawking Along The Traffic Lights, But This Shows How Bad Our Economy Is

If the root problem isn’t solved, treating its shoots won’t do the job.

Trending Fri, 17 May 2019

“Mereka Temui Mayat Datuk Saya Di Bawah Lereng Bukit”

Takziah, mayat Haji Ramli Ilong, 85 tahun disahkan ditemui di lereng bukit berdekatan kediamannya..

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Trending Fri, 7 Jan 2022

“Bila Saya Dengar Balik Suara Saya, Sedap Pula…” – Muncul Dengan Single Pertama, Michael Ang Tak Kisah Dikritik

Pengarah, pelakon dan penerbit yang kini bergelar penyanyi, Michael Ang tak kisah sekiranya ada segelintir pihak mahu mengkritik single pertamanya yang berjudul Cinta Atau propa. Dikenali sebagai seorang individu yang lantang bersuara, Michael bersedia untuk […]

Trending Mon, 8 Feb 2021

Majlis Akad Nikah Dibenarkan Bermula Esok Dengan Syarat…

Follow SOP, walau tengah bahagia okay!