Trending By: Salma Syahbuddin July 1, 2020 @ 10:00am

Prasekolah, Tabika, Tadika & Panggung Wayang Mula Dibuka Hari Ini

Masuk hari ke-22 PKPP dilaksanakan, hari ini negara kita menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi dibuka termasuklah subsektor pelancongan seperti panggung wayang, pusat spa, dan urut kaki.

Malah, prasekolah, tabika dan tadika kerajaan mahupun swasta juga dibuka sepenuhnya bermula hari ini setelah kebenaran sama diberikan kepada pelajar Tingkatan Lima dan Enam pada 24 Jun lalu.

Patuhi SOP kerana vaksin belum ditemui

Bagaimanapun, kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan termasuklah pihak MKN dan KKM ini harus dipatuhi bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Walaupun, sebelum ini terdapat kebimbangan dikalangan masyarakat terhadap kelonggaran yang diberikan kerajaan akan mencetuskan gelombang baharu, namun kes baharu positif Covid-19 dilihat semakin terkawal.

Jangan terlalu ghairah, kawalan kendiri perlu diutamakan

Melihat kepada keghairahan atau keterujaan masyarakat yang diakui sudah lama tidak melakukan aktiviti rekreasi dan riadah, perlu diingat kawalan kendiri adalah perkara utama yang perlu dipatuhi selain SOP.

Begitu juga buat mereka yang mahu ‘memanjakan diri’ di pusat spa, ‘wellness’ dan urut kaki, pastikan premis yang dikunjungi tidak hanya mengambil bacaan suhu tetapi melaksanakan semua langkah pencegahan yang ditetapkan.

Apapun, ingat! Sentiasa patuhi SOP dan kawalan kendiri bagi kesenangan dan keselamatan kita semua okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 21 Feb 2021

Kerajaan Cadang Keluarkan Pasport Vaksin Untuk Penerima Vaksin

Setelah hampir dua tahun memerangi COVID-19, Vaksin Pfizer BioNtech akhirnya tiba di Malaysia pada hari ini. Justeru, kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr […]

Trending Tue, 30 Apr 2019
Trending Sat, 15 Dec 2018

Selamat Tinggal Zaman Bujang, Kaka Azraff Kini Isteri Orang!

Persahabatan yang akhirnya menyatukan hati mereka untuk sehidup semati.

Hiburan Thu, 4 Jan 2024