Trending By: SGMS Faida October 1, 2018 @ 2:19pm

Proses Gali Semula Kubur CEO Cradle Fund Rabu Ini

Mahkamah Majistret di sini, hari membenarkan permohonan pihak polis untuk menggali semula kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mendengar permohonan pihak polis yang diwakili pegawai penyiasatnya.

Hasil semakan di mahkamah mendapati bahawa permohonan itu dibuat untuk mendapatkan mayat Nazrin bagi menjalankan bedah siasat kali kedua dan difahamkan  proses menggali semula kubur itu akan dibuat pada Rabu ini.

Terdahulu, beberapa anggota keluarga Nazrin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 9.40 pagi sebelum keluar kira-kira 40 minit kemudian.

Ketika ditanya media mengenai permohonan berkenaan,  pegawai penyiasat kes itu enggan memberikan sebarang maklumat.

Pada 4 Sept lalu, isteri kepada Nazrin dan bekas suaminya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes, seterusnya pada 9 Sept lalu, turut ditahan reman dua anak tiri Nazrin yang berusia 14 dan 16 tahun.

Pada 24 Sept lalu, sepasang suami isteri yang merupakan adik ipar kepada Nazrin pula direman selama empat hari. Bagaimanapun, kesemua suspek dibebaskan selepas tamat reman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Fadzil Ahmat sebelum ini berkata kes kematian Nazrin diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh selepas laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan wujud kesan petrol di lokasi kejadian, selain berdasarkan hasil bedah siasat- BH 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Thu, 1 Dec 2022

Terima Kasih Cinta Temukan Anna Jobling & Amar Bahrin

Pertemuan Raihana dan dua anak kecil Yaya dan adiknya, Lea menjadi satu pertelingkahan dan perselisihan faham antara Raihana dan Harris. Harris menunjukkan sifat bongkak dan sombongnya menegaskan bahawa dia tidak memerlukan pertolongan Raihana untuk menjaga […]

Featured Thu, 22 Dec 2022

Dianggap Playboy, Qi Razali Ambil Masa Rawat Hati – “Tidak Adil Untuk Wanita Itu…”

Bukan senang nak cari pasangan hidup kan.. So, choose wisely!

Selebriti Sat, 2 Sep 2023
Trending Sat, 9 Mar 2024
Featured Sat, 5 Nov 2022
Trending Fri, 9 Nov 2018

Pungut Dari Tempat Sampah, Remaja Mabuk Air Rebusan Tuala Wanita

Remaja Mabuk Air Rebusan Tuala Wanita Pungut ‘Buangan’ Dari Tempat Sampah

Trending Tue, 5 Mar 2019

Skincare Tip! Top Bestseller Mask Untuk Kulit Berjerawat

Menerusi laman sosial dan blog review, produk mask ini telah berjaya menjadi top bestseller dan sangat popular dalam kalangan kaum wanita!