Categories: Trending

Provokasi Netizen Bikin Fasha Sandha Bersuara, Bila Kaitkan Bajunya Sama Dengan Nora Danish

Alamak! Fasha Sandha dan Nora Danish pakai baju samalah! Ikutkan memang tiada apa yang pelik kerana baju yang dipakai mereka itu bukan ditempah khas daripada designer. Sebaliknya jenama H&M yang sesiapapun boleh memilikinya.

Cumanya apabila dua selebriti yang pernah seteru apatah pula pernah mengahwini lelaki yang sama, memanglah situasi tidak disengajakan seperti ini, nampak lucu sekaligus menjadi bahan untuk netizen mengapi-apikan.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 34, dia pernah memakai baju tersebut pada Januari lalu.

Fasha memberitahu dia tidak kisah jika pakaiannya sama dengan orang lain dan meminta netizen yang mempertikaikan tentang perkara itu agar berhenti mengikutnya di laman sosial.

Foto : beautifulnara

Obviously saya pakai empat bulan lalu pada Januari ada saja kat Insta saya. Aiyo kalau sama-sama nak pakai pun apa masalahnya.

Followers oh followers. Tolong unfollow saya boleh? It’s okay la kalau sama-sama pakai baju H&M apa salahnya.

Do some research sebelum komen. Terima kasih,” balas Fasha.

Kata pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini, dia sendiri tidak pernah mempersoalkan mana-mana pihak yang mempunyai baju sama sepertinya.

Fasha turut berharap netizen melupakan perkara yang sudah berlalu kerana dia dan Nora juga sudah meneruskan kehidupan masing-masing.

Foto : Beautifulnara

“Kita tak pernah pertikaikan bila orang pakai baju sama dengan kita. Move on please followers.

“Kami berdua pun sama-sama dah move on. Tolonglah,” kata Fasha.

Sumber : mStar

Yanie Baharom