Categories: Trending

PTPTN & PERKESO Buka Peluang Kerja Termasuk Peminjam Yang Disenarai Hitam

Mungkin ini berita baik buat semua peminjam PTPTN!

Bagi semua peminjam PTPTN termasuklah mereka yang disenarai hitam mungkin korang tidak perlu risau kerana, peluang untuk mencari pekerjaan kini dibuka menerusi platform yang disediakan oleh institusi pengurusan dana dan tabung pendidikan tinggi itu dengan kerjasama PERKESO.

Sebanyak 4, 609 jawatan kosong babitkan 20 majikan

Sumber : Google

Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, program Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers secara online turut menyediakan sebanyak 4,609 jawatan kosong dengan membabitkan 20 majikan

Program ini bertujuan membantu graduan yang belum mendapat pekerjaan tetapi terbuka kepada individu yang sudah bekerja tetapi ingin meningkatkan taraf hidup mereka.

“Diharapkan dengan jalinan kerjasama yang julung kali diadakan ini dapat memberi manfaat kepada peminjam PTPTN serta mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan politeknik dan institusi pengajian tinggi,” katanya.

Program Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers itu akan berlangsung selama empat hari bermula 30 Jun hingga 3 Julai ini.

Apa tunggu lagi, korang jangan lepaskan peluang ni okay!

Salma Syahbuddin