Trending By: Padin May 30, 2021 @ 10:28am

PU Riz Dedah Susah Senang Jaga Neelofa

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz mendedahkan ada waktu sukar dan senang menjaga isterinya, selebriti dan usahawan popular Neelofa.

Menurut Haris, memandangkan Neelofa sudah lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi ‘boss’ untuk pelbagai cabang bisnes, ia menjadi satu pengalaman yang mencabar.

“Ada susah, ada senang. Tapi, ia pengalaman yang mencabar. Maklumlah, dia adalah seorang wanita yang sudah lama bergelar boss. Jadi, apabila dia sudah bersuami, jihad untuk dia taat kepada suami.

“Namun, kesukaran menjaga Neelofa tidaklah banyak, cuma perlukan masa untuk dia menyesuaikan diri,” kongsi Haris.

Haris berkata demikian ketika ditanya peminat mengenai kesukaran menjaga Neelofa dalam satu sesi siaran ‘live’ khas bersama peminat baru-baru ini.

Dalam pada itu, Neelofa sempat menambah, sebagai seorang wanita yang sudah menggalas status isteri, dia wajib taat kepada suaminya dalam apa keadaan sekalipun.

“Memang tak mudah. Selama ini saya hidup dikelilingi dengan ramai pekerja. Saya komited untuk menjaga pelbagai bisnes yang saya usahakan.

“Tetap, bila sudah ada suami dalam hidup, kita perlu wajib taat. Walaupun untuk menyesuaikan hidup daripada zaman bujang ke alam perkahwinan bukan senang, tapi saya cuba sebaik mungkin.

“Alhamdulillah sekarang ini kami sudah dapat menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri,” kata bekas pengacara Nona ini.

Neelofa dan Haris selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 9 Aug 2023

Serah Soal Anak Pada Rezeki… Dini, Janna Bakal  Pindah Ke Rumah Baru

‘Alhamdullah, everything is great’ – Dini.. Yishh, Syoknya dah kahwin 🥰🥰

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Featured Thu, 15 Jul 2021

Beri Kelonggaran Pergerakan Untuk Individu Yang Lengkap Dua Dos

Kerajaan sedang meneliti untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat ketika kerajaan […]

Trending Mon, 17 Sep 2018

Akhirnya… Anuar Zain Dah Ada Instagram!

Akaun yang kurang seminggu dibuka itu kini sudah mempunyai lebih 10,900 pengikut.

Trending Mon, 30 Jul 2018

国际友谊日丨世界各国打招呼的方式

今天是国际友谊日,让咱们一起来学习学习世界各国的打招呼方式吧!

Trending Fri, 19 Oct 2018
Hiburan Mon, 27 Feb 2023