Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mempersoalkan kesetiaan pegawai-pegawai kerajaan terhadap kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).
Menurut Tun M selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Menara Yayasan Selangor sebentar tadi, ramai antara mereka melibatkan diri dalam politik apabila turut serta berkempen untuk Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke-14 (PRU-14) lalu.
“Ramai pegawai kerajaan sama ada sukarela atau pun tidak mengambil bahagian dalam PRU-14 berkempen untuk parti BN.
“Ini mengganggu pentadbiran PH kerana kita ingin mentadbir ikut cara kita dan juga ikut manifesto kita,” katanya.