Trending By: Fatin Nurain April 25, 2022 @ 4:15pm

Raih 1.5 Juta Tontonan Dalam Sehari, Iklan Raya “Kembali Aidilfitri” Buat Netizen Sebak

Iklan Raya Monsta 2022 bertajuk “Kembali Aidilfitri” kini trending di pelbagai platform digital dan meraih lebih 1.5 juta tontonan selepas dimuat naik di YouTube pada Jumaat lepas.

Monsta memaklumkan iklan BoBoiBoy itu turut trending di Twitter dengan tanda pagar #KembaliAidilfitri di Malaysia dan Indonesia.

“Di laman Facebook rasmi BoBoiBoy, ia sudah mencapai lebih dari satu juta perkongsian dan tiga juta ‘Like’ manakala di aplikasi TikTok pula, video yang menggunakan tanda pagar #KembaliAidilfitri telah pun mencecah lebih dari 37 juta tontonan,” menurut kenyataan itu.

Iklan yang berdurasi selama lapan minit tersebut memaparkan keriangan BoBoiBoy dan rakan-rakan serta Tok Aba dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka di Kota Hilir.

Menurut Monsta, walaupun iklan raya itu menekankan tentang kepentingan menyambut
Aidilfitri dengan yang tersayang, orang ramai turut dinasihatkan untuk sentiasa mengingati mereka yang meninggal dunia.

Menurut Pengarah Marketing Agency dan Distribution MONSTA, Faiz Zainal Aabidin, iklan tersebut secara tidak langsung merupakan hadiah istimewa daripada MONSTA buat peminat setia siri animasi BoBoiBoy dan Mechamato yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti.

Rata-rata netizen pula tersentuh dan berasa hiba melihat watak Tok Aba mengimbau kembali kenangan mesra bersama Amato dan Umi serta merindui kehadiran mereka di sisinya.

“Sumpah nangis tengok iklan boboiboy ni, terima kasih monsta, semoga terus maju!,” komen seorang penonton iklan tersebut.

“Kita yang merasa kehilangan ni, faham sangat perasaan tok Aba.. al-fatihah buat yang dah pergi,” tulis seorang netizen.

Iklan raya “Kembali Aidilfitri” turut ditayangkan di beberapa stesen televisyen tempatan serta disiarkan di stesen televisyen Indonesia RTV sepanjang perayaan Aidilfitri ini.

Monsta adalah syarikat harta intelek dan watak yang telah menghasilkan pelbagai sir animasi, filem dan produk pengguna dalam masa lebih dari sedekad. Syarikat itu turut dikenali dengan francais animasi popular BoBoiBoy, Papa Pipi, siri pelancongan Fly With Yaya, dan Mechamato.

BoBoiBoy merupakan satu kejayaan luar biasa di rantau Asia, dengan lebih enam bilion tontonan di YouTube sehingga hari ini.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Feb 2021
Selebriti Fri, 6 Oct 2023
Featured Fri, 29 Apr 2022
Featured Wed, 5 Jan 2022

Berang Dipanggil ‘Usher’, Jason Derulo Belasah 2 Individu

Penyanyi Hollywood, Jason Derulo, 32, dipercayai telah terlibat dalam pergaduhan membabitkan dua individu di hadapan sebuah kelab malam berdekatan ARIA Hotel dan Kasino di Las Vegas, Amerika Syarikat pada awal pagi Selasa. Memetik laporan E! […]

Events Fri, 11 Feb 2022
Featured Tue, 12 Oct 2021

“Dia Tak Ada Dosa Mata, Saya Dah Nampak Allah Bagi Dia Jalan Ke Syurga”-  Kehilangan Anak Azmi Caliph Busker Sentuh Hati Ustaz Don & Rosyam Nor

Setiap ujian dan dugaan yang dihadapi oleh setiap manusia adalah berbeza berbeza. Ada yang diuji dengan kemiskinan, kematian dan sebagainya. Namun, setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. Baru baru ini, anak kepada penyanyi, Azmi Caliph […]

Featured Tue, 11 Oct 2022
Featured Fri, 9 Sep 2022