Trending By: Padin January 6, 2021 @ 5:59am

Raihan, Rabbani & Inteam Buat Persembahan Secara Maya, COVID-19 Bukan Penghalang Nasyid Ke Persada Antarabangsa

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia tidak menjadi penghalang kepada kumpulan-kumpulan nasyid dari Malaysia untuk terus mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini kumpulan Raihan, Rabbani dan Inteam telah dijemput mengadakan persembahan di atas talian untuk sebuah acara tahunan yang dianjurkan di Toronto, Kanada iaitu Reviving Islamic Spirit Covention atau ringkasnya RIS.

Azadan dari kumpulan Rabbani ketika ditemuramah berkata, semua yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.

“Alhamdulillah, hikmah yang baik dari wabak kali ini ialah kami berpeluang mengadakan persembahan di luar negara secara atas talian tanpa perlu meninggalkan keluarga untuk tempoh perjalanan ke luar negara yang lama dan pastinya memenatkan.

“Walaupun tidak dapat ke Kanada, namun mesej dakwah yang kami cuba bawa melalui lagu-lagu nasyid kami masih tetap dapat disebarkan bukan sahaja kepada penonton di Kanada, bahkan seluruh dunia yang menyertai konvensyen secara maya ini,” katanya.

Manakala Hazamin dari kumpulan Inteam pula bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh pihak antarabangsa.

“Alhamdulillah, kami akan terus membakar semangat agar terus mengikut jejak langkah abang-abang kami dari Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers untuk terus melebarkan sayap dakwah ke seluruh dunia melalui nasyid.

“Kami bersyukur kerana kali ini kami diberi kepercayaan oleh penganjur antarabangsa RIS ini untuk kami menguruskan rakaman kandungan dan pengurusan artis bagi segmen persembahan Artis Malaysia di dalam acara berprestij seperti RIS Convention ini,” tambahnya.

Manakala wakil kumpulan Raihan, Che Amran pula menyambut baik aturan norma baharu yang diamalkan seluruh dunia.

“Alhamdulillah, dari pengalaman kami mengembara ke serata dunia menyampaikan nasyid, kami lihat nasyid Malaysia sangat diterima di peringkat antarabangsa dan kali ini kami berpeluang pula meneruskan persembahan luar negara melalui persembahan norma baharu secara atas talian.

“Saya merasakan, inilah masanya yang sangat sesuai untuk pihak kerajaan Malaysia membantu dan menyokong kumpulan-kumpulan Nasyid membawa nama Malaysia dan menjenamakan Nasyid Malaysia di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Persembahan Raihan, Rabbani dan Inteam telah ditayangkan secara langsung melalui laman sesawang RISConvention.com baru-baru ini pada 27 Disember lalu dan dapat ditonton oleh peserta-peserta konvensyen tersebut yang membayar tiket bernilai 25 dolar dari seluruh dunia.

Mereka telah menyampaikan lagu-lagu antaranya Thank You Allah, Allahu, Ahmad Ya Habibi, Maulana, Qamarun, Salamun Salam, Tola’al Badru dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 May 2022
Trending Thu, 2 Apr 2020

[VIDEO] Rakyat Malaysia Disaran Jangan ‘Bebal’ Kalau Nak Raya

Tolong rakyat Malaysia, sama-sama kita patuhi arahan PKP ini okay!

Trending Thu, 13 Jan 2022

“Bila Tak Ambil, Orang Kata Antivaksin, Tapi Bila Dah Ambil…” – Isu Tipu Vaksin, Ini Respons Ellie Suriaty

Dikenali sebagai seorang individu yang aktif berbicara mengenai vaksin, akhirnya pelakon dan pengarah Ellie Suriaty telah lengkap dua dos vaksinasi pada Oktober dan November tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Ambil Sebab Suami” – Mengaku Sudah […]

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] Terkilan Lihat Ramai Saling Menghina Najib Razak, Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran – “Doa Lebih Baik Ya”

Tolonglah jaga diri kita sendiri, tak usahlah kita terlibat – Ustazah Asma’

Trending Mon, 30 Apr 2018

Jatuh Tersungkur, As’ad Motawh Ucap Terima Kasih Kepada Alif Satar Kerana Sikap Budiman Alif

Ketika dia terseliuh dan jatuh terjelepuk, hanya penyanyi Alif Satar saja yang menunjukkan kesungguhan untuk membantu sedangkan lebih 10 artis berada diatas pentas sekadar melihat kejadian itu selain terpinga-pinga.

Alif Bukan saja berusaha membantu mengangkat As’Ad tetapi juga meminta penonton menghulurkan kerusi bahkan memapahnya keluar dari runway.

Trending Wed, 27 Jun 2018

CEO of Government-Linked Company Arrested by MACC

Millions of Ringgit are involved!

Featured Wed, 21 Jun 2023
error: Content is protected !!