Categories: Trending

Rakaman CCTV viral wanita dipukul dalam lif! Suspek kini dalam tahanan polis

Suspek utama kes kejadian samun seorang wanita di dalam lif berdekatan MRT Cheras pada Khamis  lalu kini dipercayai dalam tahanan polis. Suspek yang dipercayai berusia 26 tahun itu direman selama 7 hari setelah identiti suspek berjaya dikenalpasti oleh pihak polis.

Sumber: http://mb.erabaru.com.my/2019/02/19/suspek-kes-samun-dalam-lif-mrt-taman-mutiara-cheras-berjaya-diberkas/

Klip video seorang wanita dirakam dipukul dan disamun di dalam lif berdekatan dengan MRT Cheras tular di laman sosial . Video berdurasi selama seminit itu dirakamkan oleh CCTV menunjukkan kelibat mangsa masuk ke dalam lif berseorangan sebelum diserang oleh suspek. 

                                     

Menerusi rakaman CCTV, mangsa yang hanya menggalas sebuah beg tangan dilihat memasuki lif berseorangan. Suspek kemudiannya masuk dan terus menyerang mangsa di bahagian muka dan kepala sebelum menarik beg tangan mangsa. Mangsa dilihat cuba untuk mempertahankan diri sebelum diserang sekali lagi oleh suspek. 

Mangsa cuba menarik beg tangannya namun dihalang dan dipukul berkali-kali oleh suspek di bahagian badan. Suspek dilihat memukul mangsa secara kasar dengan menghayunkan beg tangan ke arah muka mangsa sebelum beredar dari lif berkenaan. Mangsa dipercayai mengalami kerugian wang tunai sebanyak RM400, selain dari hilang kad pengenalan dan juga kad bank. 

 

 

Ad Ops