Categories: Trending

Rakaman Suara Ketika Bertengkar Tular, Ini Respons Aisyah Hijanah – “Saya Tidak Boleh Menafikan Mahupun Membenarkan”

Pempengaruh Aisyah Hijanah tampil memberikan respons susulan tular sebuah video rakaman suaranya ketika bertengkar dengan suaminya, Alif Teega.

Sebelum ini, video yang tular di TikTok itu dipercayai merupakan salah satu bahan bukti di mana Aisyah ingin mengheret suaminya, Alif ke pihak polis kerana sudah mengasarinya secara fizikal.

Aisyah bagaimana pun menyatakan dia tidak menafikan mahupun membenarkan perkara itu kerana tidak mahu masalah menjadi semakin rumit.

“Bismillahirrahmaanirrahim, saya maklum mengenai beberapa hal yang telah pun leak & diketahui umum.

“Pertama, saya tidak boleh menafikan mahupun membenarkan mana-mana perkara kerana tidak mahu semakin lama semakin besar hal ini.

“Saya mohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang perkara berkaitan, untuk berhenti daripada berkongsi. Kerana, hal ini akan bertambah teruk. Biarlah saya sdan yang terlibat untuk menyelesaikan hal ini dari sudut internal,” tulisnya dalam sebuah kenyataan di Instagram Story (Igs), tadi.

Dalam pada itu, Aisyah tetap menegaskan hubungannya bersama suaminya itu dalam keadaan yang baik.

“Buat masa ini, saya dan Alif dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Kami mohon maaf kepada masyarakat kerana sepanjang isu ini terjadi, ianya telah menganggu kesejahteraan mental, emosi kalian semua.

“Kami doakan agar kita semua dijauhkan daripada sebarang kejahatan dan kezaliman. Terima kasih kerana telah mendoakan yang terbaik.

“Semoga segala doa kebaikan yang kalian ucapkan akan pulang kembali kepada kalian semua,” katanya.

Terdahulu, pasangan pempengaruh ini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen selepas mengumumkan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Alif tempoh hari lalu, dia memaklumkan dirinya sudah berkahwin lagi satu dengan wanita yang bernama, Fatin Umaidah yang juga dipercayai merupakan pekerjanya.

Susulan isu tersebut, adik susuan kepada Aisyah, Amirul Adni tampil mengemukakan bukti dan membongkarkan satu persatu perbuatan Alif terhadap kakaknya termasuklah laporan kesihatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular ‘Voice Note’ Aisyah Hijanah Bertengkar Dengan Alif Teega Akibat Dikasari? – “Hari Ini Abang Akan Masuk Lokap!” 

Artikel Berkaitan: Nak Hapuskan Bukti, Adik Aisyah Hijanah Dedah Alif Teega Tergamak Pukul Isteri Hamil Anak Ketiga? – “Dayus! Puas Ke Kau?”

Artikel Berkaitan: “Saman Malu? Baru Tahu Erti Malu Ke?” – Maklum Akan Ambil Tindakan Undang-Undang, Adik Aisyah Hijanah Tempelak Alif Teega!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dilabel Narsisistik Gara-Gara Muat Naik Video Lama, Alif Teega Dihenyak Netizen… Minta ‘Jaga Mulut’ & Off Sosial Media

Artikel Berkaitan: Cedera Dibahagian Lengan, Telinga & Muka! Adik Dedah Bukti Laporan Perubatan Aisyah Hijanah Dipukul Alif Teega – “Saya Berani Tegakkan Yang Benar!”

Fatin Nurain