Featured By: Fadzlena Jafar April 26, 2020 @ 7:18pm

Rakyat baru pulang dari Indonesia paling tinggi positif COVID-19

Rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Indonesia dikesan paling tinggi positif COVID-19 dengan 99 kes, berbanding negara lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini, sebanyak 139 kes positif COVID-19 dikesan daripada 12,672 rakyat yang pulang ke tanah air sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Katanya, semua rakyat yang pulang akan disaring dan dikuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan sebelum dibenarkan kembali ke rumah masing-masing bagi mengelakkan penularan kes import seperti yang berlaku di Kuching dan Kuantan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Putrajaya, hari ini. (Gambar BERNAMA)

“Ini menunjukkan aktiviti pendekatan tertumpu (targeted approach) yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini menunjukkan hasil yang diharapkan seperti mengekang penularan dalam kalangan kumpulan yang berisiko tinggi ini.

“KKM menjangka lebih banyak kes positif akan dikenal pasti dalam masa terdekat ini memandangkan aktiviti pendekatan tertumpu masih diteruskan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Selain Indonesia, KKM mengesan 14 kes positif COVID-19 daripada rakyat yang pulang dari United Kingdom, Singapura (13 kes), Turki (lima kes), Belanda (tiga kes), Amerika Syarikat (dua kes) dan satu kes masing-masing pulang dari Thailand, Perancis dan Bangladesh.

Sementara itu, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan sebanyak 38 kes baharu positif COVID-19 dikesan sehingga jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 sebanyak 5,780 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,820 kes.

Terdapat 100 kes yang pulih dan dibenarkan keluar daripada hospital hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 sebanyak 3,862 kes  atau 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 15 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 98 kes atau 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Gambar utama: Gambar hiasan/NSTP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Bertarung Dengan Kanser Ovari, Ibu Ubai MZ Meninggal Dunia

Al-fatihah.. Salam takziah Ubai sekeluarga 🥹

Featured Mon, 20 Mar 2023
Trending Fri, 8 May 2020
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Tue, 4 Apr 2023
Featured Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Suami Beli 19 Tudung Hampir RM5,000 Untuk Sokong Fatin Afeefa Mahu Berhijab – “Pelan-Pelan Kayuh”

Alhamdulillah, murah rezeki selalu belanja isteri ❤️ Mesti cantik Fatin Afeefa pakai tudung 🥰🥰

Trending Wed, 3 Mar 2021

Bayaran i-Sinar Dibuat Bermula 2 Mac 2021, Status TIDAK BERJAYA Perlu Mohon Semula Pada…

Bayaran telah dibuat bermula semalam, ahli yang tidak layak masih boleh mencuba!

Trending Thu, 3 Jan 2019

日本最诡异的废弃公园!藏着800多座人形雕像

当一座雕像在你面前伫立时,你会用什么样的角度或眼神来欣赏它呢?而一个布满雕像的花园,你又会有何心情?

Hiburan Thu, 26 Oct 2023

Hot FM Perkenal Aidil Fikri, DJ AI Pertama Berbahasa Melayu Di Malaysia!

Wow! Kita dah ada DJ AI lah😍 Hai, Aidil Fikri🫶🏻 Jom dengarkan Hot FM, Hot FM sentiasa nombor syatu!