Umum maklum, kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri pelancongan bermula hari ini.
Justeru, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pelaksanaannya akan membuka ruang dan peluang rakyat kembali melancong sekali gus membolehkan sektor ini mula beroperasi sepenuhnya.
“Rakyat wajar mengambil ruang dan peluang susulan pengumuman kerajaan ini untuk kembali menyemarakkan semarakkan pelancongan domestik.
“Saya percaya banyak lagi destinasi menarik negara yang belum diterokai sepenuhnya.
“Saya berharap rakyat di negara ini dapat menjadi pelancong bertanggungjawab dan menikmati pengalaman persembahan kebudayaan tanpa alpa dan leka serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kebenaran pergerakan itu bagaimanapun tertakluk kepada penggunaan perkhidmatan agensi pelancongan berdaftar, merangkumi khidmat pengangkutan dan penginapan.
Sumber : BH