Nama Ustaz Ebit Lew semakin menjadi perhatian ramai semenjak kes peningkatan COVID 19 yang berlaku di negara.
Sumbangan dan bantuan yang dihulurkan beliau bukan sahaja dapat meringankan beban yang ditanggung ramai malah turut menyentuh hati ramai orang.
Terbaru, menerusi laman FB beliau Ustaz Ebit Lew telah menyalurkan bantuan kepada penduduk di negeri Sabah.
“Hantar Bantuan Medikal” – Ebit Lew
Menerusi hantaran di FB, Ebit meluahkan rasa risau dengan keadaan yang terjadi di Sabah, beliau telah menghulurkan bantuan set medikal seperti set PPE, face shield dan lain-lain.
Ramai netizen yang tersentuh dengan kemurnian hati Ebit Lew. Semoga Ustaz Ebit Lew terus sentiasa dilimpahkan rezeki untuk membantu orang ramai.