Categories: Trending

Rancak Buat ‘Meme’ PLKN… Nama Dipetik, Rupanya Imran Bard Bekas Juara Kawad Bersenjata!

Pempengaruh Imran Bard sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat telatahnya membuat content berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0).

Umum mengetahui, PLKN 3.0 menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat sejak semalam kerana penglibatannya disasarkan kepada golongan belia sekitar usia 16 hingga 35 tahun kecuali pelajar tingkatan lima.

Tertarik dengan isu tersebut, Imran kelihatan kerap memuat naik video ‘meme’ berkaitan situasi yang bakal berlaku sekiranya dirinya terlibat dalam program itu.

Menyedari namanya dipetik untuk menyertai PLKN fasa baharu ini, Imran tampil mendedahkan dirinya pernah menjadi Juara Kawad Bersenjata satu ketika dahulu.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Imran menerusi sebuah hantaran bebenang di aplikasi X, semalam.

“Eh! terpalinglah yang suruh aku kawad tengah panas nak bagi aku keras. Aku ni Juara kawad bersenjata ye!! everyear pergi camping and training lembut jugak takdenye keras.

“Cuba kau jemur punai kau tengah panas tengok dia keras ke dia legam. Ofcourse LEGAM so Takde kene mengena kan??,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Imran turut berkongsi beberapa keping fotonya ketika terlibat dalam pertandingan itu.

Malah, perkongsian tersebut juga telah dihujani komen yang berbaur teruja dalam kalangan peminatnya.

Fatin Nurain