Trending By: Padin May 19, 2021 @ 10:24pm

“Rasa Nak Pengsan, Macam Nak Gugur Jantung” – Puteri Sarah Positif Covid-19

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 36, mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas membuat Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di Shah Alam, semalam.

Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ini berkata, dia bertindak melakukan ujian terbabit selepas hilang deria rasa, bau, badan berasa penat dan selsema, lapor Harian Metro.

“Pada 6 Mei lepas, saya bersama pasukan produksi Saya Tunggu Awak buat ujian RTK kerana ia prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) jika ingin mulakan penggambaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hasil ujian tersebut adalah negatif.

“Seterusnya, saya sendiri membuat ujian kali kedua secara menyeluruh pada 10 Mei lalu kerana bimbangkan anak-anak dan keluarga. Alhamdulillah, hasil ujian juga negatif. Jadi, selepas tamat tempoh kuarantin, semalam saya memulakan penggambaran.

“Namun, saya berasa kurang sihat selain hilang deria rasa dan bau. Memandangkan penggambaran dijalankan di Shah Alam, saya pergi buat di Pusat Perubatan MSU. Pada sebelah malam sebelum pulang, saya dimaklumkan hasil ujian positif. Saya terkejut, rasa nak pengsan dan macam nak gugur jantung,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Puteri Sarah, dia terus memaklumkan perkara itu kepada Syamsul.

“Syamsul orang pertama saya maklumkan perkara ini sebab bimbang keadaan anak-anak. Jadi, saya terus hubungi klinik yang membuat perkhidmatan ujian di rumah untuk datang esok. Ini kerana selama ini saya duduk bersama keluarga mentua, jadi satu rumah kena buat ujian.

“Buat masa sekarang pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum menghubungi saya, jadi saya akan menjalani proses kuarantin di rumah. Sejak semalam juga saya sudah mengasingkan diri daripada semua.

“Pasukan produksi juga terpaksa menghentikan sementara penggambaran disebabkan perkara ini. Sejujurnya, saya tidak menjangka akan terkena kerana pada asalnya hanya kontak rapat jenis C. Malah, sepanjang tempoh kuarantin di rumah tidak ada sebarang gejala pun,” katanya.

Dalam masa sama, Puteri Sarah berpesan kepada semua pihak yang ada berhubung atau berjumpa dengannya bermula 10 Mei lalu untuk pergi membuat ujian.

“Saya nak minta maaf sangat. Siapa yang kontak rapat dengan saya dari 10 Mei pegilah buat ujian saringan dulu. Saya nak minta maaf kepada keluarga, suami dan anak-anak. Doakan kami semua ya. Jangan keluar rumah kalau tak ada apa-apa nak buat. Jaga diri semua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Puteri Sarah, Sabarlah Duhai Hati kini sedang bersiaran di slot Akasia TV3.

Selain Sarah, drama yang bersiaran setiap hari jam 7 malam itu turut menampilkan Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Apr 2024
Trending Tue, 13 Feb 2018

IQRAM DINZLY VS NUR SAJAT

Iqram berpakaian ala ala perempuan dengan blazer berekorkan  skirt jarang berseluar thight manakala Sajat pula persis “ratu cantik” dalam fesyen gaun labuh shoulder cut bergemerlapan.

Trending Tue, 20 Apr 2021
Featured Wed, 9 Nov 2022

“Motif Saya Nak Cari Jodoh Kat Situ?” – Idris Khan Nafi Main Aplikasi Tinder & Bumble

Pelakon Idris Khan didakwa menggunakan aplikasi dating selepas fotonya tersebar di Bumble. Memetik laporan Boom!, pelakon drama Tuan Danial ini berkata ia bukan pertama kali dia mendapat mesej daripada warganet yang bertanyakan perkara sebegitu.   […]

Hiburan Thu, 20 Oct 2022
Events Wed, 18 Jan 2023

Hafidzah Hassan Tampil Buka Mulut Isu Penarikan Diri Libatkan Kes Siti Bainun -“Peguam Tarik Diri Perkara Biasa”

Susulan perbicaraan kes melibatkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, yang dilaporkan kini bersendirian tanpa diwakili peguamnya masih menjadi tanda tanya rata-rata masyarakat sehingga ke hari ini. Malah, sebelum memulakan prosiding perbicaraan pada […]