Trending By: Padin August 1, 2021 @ 7:08pm

“Rasa Rugi Kalau Saya Tolak” – Ernie Zakri Teruja Berduet Dengan Hafiz Suip

Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan peluang untuk berpadu vokal dengan penyanyi Hafiz Suip adalah satu penanda aras baru dalam karier seninya.

Pada awalnya, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, risau untuk berduet dengan Hafiz menerusi lagu Berakhirlah Pencarianku kerana dia baru sahaja mengeluarkan single duet bersama suaminya, Syamel.

“Sejujurnya, saya banyak berfikir juga di peringkat awal untuk melibatkan diri dalam projek ini sebab saya baru lancar lagu duet dengan Syamel iaitu Goodbye Hello yang merupakan lagu perkahwinan kami.

“Tapi apabila dinasihatkan oleh syarikat pengurusan saya bahawa ini adalah peluang keemasan, saya berasa rugi kalau ditolak. Lagi pula, pelaksanaan projek ini adalah demi kebaikan kerjaya saya sendiri.

“Kita perlu tengok juga pada fokus. Kebanyakan orang tak boleh ada dua tiga fokus perkara yang nak dibuat. Jadi kami pun berbincang. Pada kami, tidak akan timbul sebarang isu asal saja semua tahu komitmen kita apa dan untuk apa.

“Ketika mula diberitahu mengenai projek ini, saya terus terbayang wajah Syamel sebab dari dulu lagi kami saling bekerjasama dalam lagu duet.

“Tetapi, mungkin disebabkan saya pernah bekerjasama dengan Hafiz di Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH 33) tahun lalu, saya berasakan Hafiz juga rakan duet yang baik buat saya. Sebab kerjasama dan kefahaman kami itu dah ada,” katanya.

Menurut Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 31, tidak ada sebab untuk dia menolak tawaran terbabit.

“Alhamdulillah, bagi saya ini projek yang boleh diibaratkan mimpi menjadi kenyataan kerana dapat juga berduet dengan Ernie. Sebelum ini, saya pernah menyaksikan persembahan duetnya dengan protege saya. Dalam masa sama dia juga seorang guru vokal.

“Saya tahu dia berbakat besar dan pernah menang vokal terbaik. Apabila kami diberi peluang berduet pada ABPBH tahun lalu, saya berasakan ia kerjasama yang cukup menarik. Dari situ kami berborak dan diakui dia seorang yang senang jalin kerjasama termasuk ketika menyanyi bersama.

“Sama juga dengan pasangan duet saya yang lain sebelum ini. Sejak itu, saya berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Ernie. Dengan kelebihan yang dimiliki beliau, siapa yang tak nak berduet dengan dia?” katanya.

Gandingan Hafiz dan Ernie menerusi lagu ciptaan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh serta lirik ciptaan Datuk A. Aida itu diterbitkan bersama oleh syarikat Nova Music dan Rocketfuel.
Jangan lupa dengarkan lagu Berakhirlah Pencarianku di semua pelantar muzik digital dan di YouTube Nova Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022
Trending Tue, 5 Jun 2018

Terbaiklah! Media Indonesia Puji Rakyat Malaysia

Media Indonesia turut memuji pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut mengambil langkah drastik dalam mengurangkan bebanan kewangan negara, antaranya seperti mengurangkan gaji menteri-menteri Kabinetnya.

Featured Fri, 19 Nov 2021

Pelajar Perempuan Dipercayai Terjun Bangunan Sekolah Lepas Duduki Peperiksaan

Seorang pelajar berumur 17 tahun ditemui cedera akibat dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan di sebuah sekolah di Kulai, Johor pada Selasa. Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata remaja

Trending Thu, 30 Jan 2020
8TV Thu, 1 Dec 2022
Trending Thu, 21 Apr 2022

“Keluarga Lebih Penting Dari Segala-Segalanya” – Manchester United Mengumumkan Cristiano Ronaldo Tidak Turut Serta Dalam Perlawanan Menentang Liverpool

Ronaldo dan pasangan baru melahirkan anak kembar, namun anak lelaki kembarnya meninggal dunia. Takziah diucapkan.

| Live TV

error: Content is protected !!