Categories: FeaturedTrending

“Rasmi, Saya Jadi Pelajar” – Kembali Jadi Siswa, PM Ke-9 Sambung Pengajian Di UUM

Perdana Menteri Malaysia Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa beliau kini menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ismail yang kini berusia 64 tahun memuat naik foto kad matrik yang diperolehinya dan beliau kini rasmi menjadi pelajar semula di universiti berkenaan.

“Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar. Rasmi, hari ini saya jadi pelajar.

“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” tulisnya diruangan kapsyen.

Walaubagaimanapun, beliau tidak berkongsi secara terperinci mengenai butiran pengajiannya.

Untuk makluman, Ismail pernah melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang di Universiti Malaya (UM) dan menjadi seorang peguam pada tahun 1985 sebelum terlibat dalam bidang politik.

Artikel Berkaitan: “PM Yang Sangat Humble & Sempoi” – Sempat Bertemu Dengan Kanak-Kanak di Pondok R&R, Warganet Suka Dengan Keramahan Ismail Sabri

Artikel Berkaitan: Dafi Akui Ismail Sabri Bapa & Pemimpin Yang Terbaik – “Dia Pernah Hidup Susah, Jadi Dia Tak Nak Orang Lagi Susah”

Artikel Berkaitan: “Kami Tamatkan Perkahwinan Yang Terbina 10 Tahun” – Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Umum Bercerai

Atiqah Johari