Trending By: SGMS Enal December 26, 2018 @ 12:02pm

Rebat Bil Elektrik RM40 Kepada 185,000 Miskin Tegar Tahun Hadapan

Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) memperuntukkan RM80 juta untuk memberi Rebat Bil Elektrik berjumlah RM40 kepada 185,000 miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih, bermula 1 Januari ini.

Dalam satu kenyataan, MESTECC berkata program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

“Di bawah program ini, ketua isi rumah miskin tegar dan miskin di bawah eKasih yang telah dikenal pasti akan menerima bil elektrik secara percuma sehingga RM40 sebulan, bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik mereka.

“Sekiranya penggunaan elektrik adalah di bawah RM40 sebulan, secara automatik ketua isi rumah tersebut akan menerima bil elektrik percuma berdasarkan bil sebenarnya. Walau bagaimanapun, sekiranya penggunaan elektrik melebihi RM40 sebulan, ketua isi rumah tersebut hanya perlu membayar baki bil selepas ditolak bantuan rebat sebanyak RM40 tersebut,” katanya.

MESTECC berkata Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program baru diperkenalkan bermula 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019 bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang tamat pada bulan Disember ini.

Program rebat bil elektrik adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kualiti hidup rakyat seperti yang telah dinyatakan dalam Bajet 2019 pada 2 November lepas.

Pengguna-pengguna boleh membuat semakan untuk kelayakan eKasih dan kelayakan menerima bantuan rebat bil elektrik di Portal MESTECC di https://semakanrebat.mestecc.gov.my atau dengan menghubungi My Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000.

Pengguna juga boleh membuat semakan kelayakan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan menghubungi pihak Careline di talian 1-300-88-5454 atau membuat semakan terus di Kedai Tenaga yang berdekatan. Bagi pengguna di Sabah, talian Helpline Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ialah 088-515000 / 15454 dan bagi pengguna di Sarawak, talian Customer Care Sarawak Energy Berhad (SEB) ialah 1-300-88-3111.

Bagi pengguna eKasih yang layak tetapi tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB / SESB / SEB, pengguna boleh membuat permohonan bagi mengisytiharkan akaun pihak ketiga dengan mengisi borang permohonan di mana-mana Kedai Tenaga TNB / Pejabat SESB / Pejabat SEB yang terdekat bersama salinan kad pengenalan sebagai dokumen sokongan.

Bagi pengguna yang tidak layak setelah semakan dibuat dan ingin mendaftar dalam program eKasih, pengguna diminta merujuk kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP) Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) di peringkat negeri dan di Unit Pembangunan Pejabat Daerah.

Data eKasih dibuat secara bancian dan pendaftaran oleh Pejabat-pejabat PPPN/JPP ICU JPM di peringkat negeri.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Apr 2019

Gambar Seorang Wanita Berbaring Di Atas Kubur, Ada Cerita Di Sebaliknya

Lebih sayu, wanita itu baring di atas tanah kubur yang kelihatan basah tanpa beralaskan kain.

Trending Wed, 11 Jul 2018

Man in Trouble for Posting Mocking Photo of Najib

We still can’t post such nasty remarks.

Trending Tue, 21 Apr 2020
Trending Wed, 6 Jun 2018

Kejam! Lelaki Tikam Ibu Sebab Kari Ayam

Dalam kejadian di Badepuram, Guntur, Andhra Pradesh itu, Bejjam Kishore, 45, membeli ayam pada Ahad lalu dan memberi kepada ibunya, Bejjam Mariamma, 80, lapor Times of India.

Trending Wed, 23 Sep 2020
Trending Mon, 20 Aug 2018

Eksklusif: Melamar Melalui Coretan Puisi, Raja Ilya Kahwin November 2019

Sikap merendah diri, penyayang dan ambil berat yang dimiliki TWG, berjaya menambat hati Ilya.

Featured Tue, 2 Feb 2021

“Saya Minta Maaf…” – Ustaz Ebit Lew Tak Dapat Teruskan Misi Bantuan Di Semporna

Sama sama kita doakan ustaz Ebit Lew terus diberi kekuatan. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikannya❤️

Trending Thu, 3 May 2018

下雨她来不及收衣…楼上窗户伸出两把伞

很多人都有这样的经验,在阳台晒衣服,忽然一阵大雨,来不及收,衣服被淋湿,于是又要重洗了。不过,中国浙江最近出现一个温馨的画面,有一名老翁看到楼下的衣物还没收,在窗户边默默撑起伞,直到邻居来收衣服。

| Live TV