Jangan lepaskan peluang ini!
Kegemilangan gaming terbaik kampus di seluruh Malaysia kini kembali dengan pelancaran Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) Semester 3 Yoodo (Yoodo KEK3).
MyGameOn dan Yoodo bersama-sama menyediakan ‘gelanggang pertempuran’ buat ribuan pelajar kolej dan Universiti untuk bertempur dan memenangi hadiah berjumlah RM150, 000.
Raih 5 juta tontonan sejak dilancarkan

Menurut ketuanya, Yoodo amat teruja untuk mengambil alih dan membawakan kepada korang KEK semester ke-3 yang dijangkakan akan lebih menarik.
Kali ini, para atlet akan bersilang pedang dalam permainan popular Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan melambung bom tangan dalam Call of Duty: Mobile (CODM).
Namun, bagi mematuhi PKPB, Yoodo KEK3 akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian!
KEK3 terima sambutan luar biasa

” Di Media Prima, kami sentiasa berusaha menyediakan platform dan peluang untuk bakat-bakat baharu dan belia dalam usaha mengejar impian dan matlamat mereka. Kali ini dengan Yoodo, kami yakin Yoodo KEK3 akan menjadi lebih baik.” Katanya.
Yoodo KEK3 akan bermula pada 6 Jun ini dan menampilkan 5 pusingan kelayakan zon serantau dan satu pusingan akhir dalam talian.
Bagi yang menang pula, pertempuran akan diteruskan untuk merebut kemenangan di peringkat akhir pada 18 dan 19 Julai ini.
Opsss! Bukan itu sahaja, pemain juga boleh bermain sepanjang hari dengan Celcom pelan data tambahan Call of Duty Mobile yang memberikan pengguna 20GB data khusus untuk game dengan hanya RM5 sebulan. Pelan yang serupa untuk Mobile Legends: Bang Bang sedang dalam pemprosesan dan akan diumumkan tidak lama lagi!
Untuk korang yang berminat, Pendaftaran untuk KEK3 kini dibuka dengan tarikh tutup seminggu sebelum kelayakan dalam talian di wilayah masing-masing. Untuk mendaftar sila layari : https://komuniti.mygameon.my/Register.
Manakala, bagi yang ingin menyaksikan pertempuran hangat lagi mendebarkan ini , layari laman Yoodo Esports, www.Facebook.com/yoodoesports atau di media sosial Facebook MyGameOn, www.Facebook.com/mygameondotmy .
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.yoodo.com.my atau ikuti @yoodoMY di Facebook, Instagram dan Twitter