Trending By: Fatin Nurain June 23, 2024 @ 12:39pm

Redza Rosli Berhasrat Bawa Bella Hanna Tunai Umrah – “Kena Berterima Kasih Pada Allah Yang Memudahkan Urusan Kami”

Pelakon, Redza Rozli dia berhasrat untuk membawa isterinya, Bella Hanna menunaikan ibadah umrah sebagai tanda syukur urusan pernikahan mereka dipermudahkan Sang Pencipta.

Menurut Redza, dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu memandangkan urusan kerjanya terlalu padat.

“Perancangan bulan madu buat masa sekarang tak sempat sebab jadual kerja saya padat.Saya buat persiapan pernikahan ini pun ketika sibuk menjalani penggambaran malah kursus kahwin pun saya pergi masa cuti bulan lalu.

“Insya-Allah saya nak bawa isteri tunai umrah sebab kena berterima kasih pada Allah yang memudahkan urusan pernikahan kami dan anak kami serahkan pada rezeki,” katanya.

Memetik laporan OhBulan!, Redza juga sempat mendedahkan detik awal dirinya melamar Bella untuk berkahwin yang difahamkan mereka tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan cinta.

Kata Redza, dia dan Bella tidak pernah bertunang sebaliknya terus melamar aktres itu ketika keluar bersama, pada bulan lalu.

“Kami dah lama kenal, tiada tunang terus nikah. Kami pun tak pernah isytihar kami bercinta. Satu hari saya ajak dia pergi makan tapi waktu itu niat saya sudah lain.

“Saya terus ajak dia pergi beli cincin dan pada waktu itulah kami meluahkan perasaan di antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Redza turut menyatakan sepanjang tempoh perkenalan, dia tidak suka keluar berdua-duaan dengan Bella.

Namun, dia sering melaporkan kepada ibu bapa aktres itu sekiranya keluar bersama.

“Saya tidak suka temu janji berdua-duaan, selalunya saya terus ke rumah mak ayah dia minta izin.

“Walaupun ajak pergi makan berdekatan kawasan rumah pun saya akan minta izin dan restu. Saya sendiri akan update ayah dia ke mana kami pergi setiap masa,” jelasnya.

Redza bagaimanapun yakin bahawa isterinya yang pernah digandingkan bersama menerusi drama Luruhnya Bunga Cinta itu adalah pilihan terbaik yang dikurniakan oleh Sang Pencipta.

“Insya-Allah saya yakin Farhana Nabila (Bella) terbaik untuk saya,”  katanya.

Sumber: OhBulan!

Artikel Berkaitan: Tahniah! Redza Rosli, Bella Hanna Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Redza Rosli Menangis Sebak Pohon Restu Ibu Sebelum Bergelar Suami

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Dedah Redza Rosli Sebak Berkahwin & Pikul Tanggungjawab Ketua Keluarga – “Dia Salam Minta Restu & Ampun…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022
Trending Sat, 15 Sep 2018

‘ Filem One Two Jaga Buat Aku Teringat Babloo & Salim Dekat Site’, Lelaki Ini Bongkar Realiti Pekerja Asing

Menerusi perkongsian salah seorang pengguna Twitter yang sudah menonton karya  arahan Nam Ron ini, lelaki ini mengaku pernah menyaksikan sendiri di depan matanya situasi sama yang dipaparkan dalam One Two Jaga.

Trending Mon, 28 Dec 2020

Penyanyi Rap Baru Abubakarxli Tampil Dengan Album EP Berjudul EXACXLI

Wah, bakat baru yang menyerlah dalam dunia hip hop!

Trending Sun, 11 Feb 2018

Mak Cik Bawang’, Wanita Kini Pun Boleh Jadi ‘Mak Cik Pedang Samurai’

Dari Mak Cik Bawang’, Wanita Kini Pun Boleh Jadi ‘Mak Cik Pedang Samurai’

Hiburan Wed, 24 May 2023

David Teo Tiada Masalah Beri Peluang Pada Pengarah Baharu

David Teo beri peluang kepada pengarah baru