Trending By: Yanie Baharom July 15, 2018 @ 12:00pm

Reka Cincin Untuk Tunang, Bekas Kekasih Justin Bieber Tak Hairan

Inginkan yang terbaik buat tunangannya, model terkenal Hailey Baldwin, penyanyi Justin Bieber khabarnya melibatkan diri dalam mereka bentuk cincin pertunangan buat cinta hatinya itu.

Syarikat barangan kemas Solow & Co mendedahkan perkara itu malah mereka sangat berbangga kerana diberi kepercayaan oleh pasangan tersebut untuk menghasilkan cincin pertunangan itu.

“Kami banyak menghasilkan barang kemas untuk Bieber sejak 10 tahun lalu. Namun, mereka bentuk cincin pertunangan ini cukup mengujakan dan tidak sangka Bieber terus setia memilih kami.

Foto: ENews!

“Dia membantu kami dengan mereka bentuk cincin tersebut dan dia mahu cincin tersebut kelihatan cantik di jari tunangnya.

“Bieber sangat menyukai pemilihan berlian dari syarikat kami dan dia sangat berpuas hati apabila melihat hasilnya,” kata wakil dari Solow & Co kepada Hollywoodlife.com.

Dalam perkembangan lain penyanyi Selena Gomez dilaporkan terkejut dengan berita pertunangan bekas teman lelakinya, Justin Bieber dengan Hailey Baldwin pada 7 Julai lalu.

Foto: Justin Bieber Instagram

Selena bagaimanapun tidak terkesan dengan berita itu kerana tahu Justin mampu melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang.

“Selena terkejut hanya kerana pertunangan mereka berlaku secepat itu tetapi sudah dapat menjangkakan Justin akan berbuat demikian tanpa berfikir panjang.

“Dia lebih mengenali Justin berbanding orang lain… Jadi dia tidak berasa hairan dan tidak peduli,” kata sumber rapat penyanyi itu seperti dilaporkan E!.

Foto: Elite Daily

Sumber: Hollywoodlife.com  &  ENews!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Mar 2021

“Rumah Sebesar Saiz Tandas.. ” – Ebit Lew Luas Misi Bantuan Ke Afrika

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sering menjadi tumpuan ramai tatkala pelbagai masalah melanda dalam masyarakat. Beliau bukan sahaja aktif melakukan aktiviti kebajikan malah sering kali membantu golongan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa. Terbaru, […]

Featured Fri, 7 Apr 2023

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

Amelia diperintah bayar saman lebih RM200,000 beserta buat permohonan maaf dan padam video berunsur fitnah.

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023
Trending Mon, 2 Dec 2019
Filem Thu, 11 Aug 2022

Syamsul Yusof Terkilan Dengan Finas, Didakwa Tidak Proaktif

Syamsul Yusof terkilan dengan cara FINAS mengendalikan isu.