Trending By: SGMS Enal December 29, 2019 @ 12:33pm

Remaja Malaysia Maut Terlanggar Tiang Ketika Bermain Papan Luncur Di Australia

Seorang rakyat Malaysia dilapor meninggal dunia dalam insiden tragis ketika bermain papan luncur di Townsville, Queensland, Australia, pada Sabtu.

Pihak polis Queensland memaklumkan remaja berusia 16 tahun itu terlanggar tiang ketika meneruni bukit semasa meluncur.

Pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian kira-kira 2.30 petang waktu tempatan. Cubaan untuk menyelamatkan mangsa yang mengalami kecederaan serius sebelum dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati remaja lelaki itu menuruni bukit dan cuba memperlahankan papan luncurnya sebelum melanggar tiang.

“Beberapa orang cuba membantunya,” kata jurucakap polis dalam satu kenyataan.

Mangsa yang dikatakan sedang bercuti bersama keluarganya di Australia memakai topi keledar ketika insiden tersebut.

Mangsa turut dikatakan bermain papan luncur bersama rakan-rakannya.

Setakat ini pihak polis masih menyiasat punca kemalangan.

Sumber: news.com.au

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 5 Nov 2019
Trending Sat, 5 May 2018

Bergaduh ‘Rebut’ Isteri Orang, Lelaki Maut Ditetak!

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang baru pulang ke rumah mendapati suspek dan isterinya berdua-duaan di situ sebelum berlaku pergaduhan!

Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Lepak Bersama Syed Saddiq, Ramai Puji ‘Circle’ Azfar Heri ‘Next Level’ – “First Time Dengar Dia Cakap Kau & Aku”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh pempengaruh Azfar Heri di laman TikTok yang memaparkan momen lepak bersama Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menerusi hantaran tersebut, Azfar […]

Featured Sun, 28 May 2023
Featured Wed, 8 Sep 2021
Trending Thu, 25 Aug 2022

“Seriuslah Dia Pakai Macam Tu?” – Swimsuit Leona Jadi Bualan Netizen

Sering menjadi perhatian warganet dek kerana penampilannya yang seksi, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi menimbulkan rasa kurang senang netizen. Minggu lalu, media melaporkan bahawa bapanya mengakui sudah ‘jenuh’ menasihati […]

Trending Fri, 24 Jan 2020

Disneyland Shanghai ditutup bermula 25 Januari

Kena tunggu dah ok baru cuti-cuti ya