Trending By: Salma Syahbuddin May 9, 2021 @ 6:00am

Rentas Negeri, Daerah Tanpa Kebenaran Polis TIDAK Dibenarkan Bermula…

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan, semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara TIDAK dibenarkan, berkuat kuasa Isnin ini sehingga 6 Jun 2021.

Sepanjang tempoh itu juga aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, adalah tidak dibenarkan.

“Ini termasuk aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan serta swasta.
“Bagaimanapun, keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, aktiviti bazar ramadan dan Aidilfitri juga akan ditutup bermula 10 Mei ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Semua Bazar Ramadan, Aidilfitri DiTUTUP Mulai Isnin

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022
Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Bunkface Dedikasi ‘Korang’ Untuk Peminat & Sahabat Rapat

Kumpulan rock popular, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul Korang. Korang merupakan dedikasi Bunkface untuk peminat dan sahabat rapat mereka yang tidak pernah Lelah menyokong semenjak hari pertama. “Lagu ini menceritakan mengenai […]

Featured Wed, 5 Jan 2022

Pak Nil Buka Kedai Percuma, Penuhi Keperluan Mangsa Banjir Di Bukit Changgang

Kebelakangan ini pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir di Bukit Changgang, Selangor. Pelbagai bantuan diberikan dari segi sumbangan keperluan harian dan bantuan sokongan mental serta fizikal […]

Trending Wed, 30 Dec 2020

KWSP Dijangka Mampu Beri Dividen 5 Peratus

Dengar penjelasan penganalisa..

Featured Fri, 8 Oct 2021

“Meeting Dengan Putera Arab Saudi, Bina Hotel 8 Bintang Bawah Laut”- Papa Megah Holding Curi Tumpuan Di TikTok

Siapa tidak mengenali sosok pelakon otai, Mustapha Kamal yang seakan sebati melakonkan watak golongan kaya atau CEO Megah Holdings dalam drama-drama rantaian Melayu di stesen televisyen. Terbaharu, aksi beliau sebagai usahawan berjaya mencuri tumpuan di TikTok. […]