Categories: Trending

REV Media Group Ungguli Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini Buat Kali Kedua!

REV Media Group (RMG) yang dahulunya dikenali sebagai Media Prima Digital sekali lagi telah dianugerahkan ‘Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini’ oleh d Awards 2020, Malaysian Digital Association (MDA) sekaligus membawa pulang anugerah Emas buat tahun kedua berturut-turut.

Pada edisi d Awards yang lalu, RMG telah memenangi anugerah yang sama sejak kategori itu mula diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2019, menjadikan RMG pemenang tunggal kategori itu setakat ini.

Selain itu, RMG juga telah dinobatkan anugerah Perak bagi ‘Penggunaan Data Terbaik’ dan merupakan calon finalis bagi kategori ‘Penggunaan Media Sosial Terbaik’ tahun ini untuk kempennya dengan Ecoworld berjudul “Shaping Opinions Through The Opinions Of Others”.

“Kami sangat berbesar hati atas segala usaha kumpulan dalam menyampaikan kandungan dan penyelesaian yang terbaik di seluruh platform kami dikenali oleh pemimpin-pemimpin industri.

“Penganugerahan ‘Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini’ buat kali kedua berturut-turut
membuktikan komitmen dan konsistensi kumpulan ke arah mencapai matlamat perniagaan kami,” kata Rafiq Razali selaku Ketua Pegawai Eksekutif, REV Media Group.

Turut menambah senarai pemenang adalah salah seorang bakat RMG iaitu Nandini Balakrishnan yang telah dinobatkan sebagai ‘Influencer Terbaik Tahun Ini’. Nandini terkenal dengan video-videonya membincangkan isu semasa yang mencetuskan pemikiran sambil berkongsi pendapatnya dengan karakternya yang bersahaja di SAYS.

“Saya berasa begitu bangga dan bersyukur dengan penganugerahan ini. Terima kasih atas sokongan dan platform yang telah memberikan saya kebebasan dan kepercayaan untuk berkongsi rasa dengan harapan dapat mencetuskan perbincangan dan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu sensitif. ‘Pengaruh’ adalah satu perkataan yang sangat berat, dan saya berharap dapat membawa perubahan positif kepada masyarakat,” kata Nandini yang merupakan seorang Penerbit Video Senior di REV Media Group.

d Awards dianjurkan oleh Malaysian Digital Association untuk mengenal pasti dan menghargai bakat, agensi, jenama, penerbit dan pembekal perkhidmatan digital yang menerima dan menggunakan teknologi digital.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemenang tahun ini, layari www.d-awards.com.my

Padin