Categories: Trending

RM5.96 Bilion Wang Belum Dituntut (WTD) Yang Belum Dituntut

Jabatan Akuantan Negara sahkan RM5.96 bilion Wang Tidak Dituntut (WTD) masih tersimpan sehingga 31 Oktober lalu.

Berdasarkan sumber, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata, WTD dipegang Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sehingga 15 tahun dan selepas itu, dimasukkan dalam pindahan hasil.

Jelasnya, walaupun wang berkenaan sudah dimasukkan ke pindahan hasil, sekiranya ada individu atau waris datang untuk membuat tuntutan, kerajaan akan membuat pembayaran jika ada dokumen kukuh.

“Prosedur untuk menuntut tidak menyusahkan sangat. Hanya perlu membawa kad pengenalan untuk semakan.

“Sekiranya pemilik wang sudah meninggal dunia, waris boleh menuntut dengan membawa sijil kematian dan surat beranak (sijil kelahiran) bagi mengesahkan ada kaitan dengan si mati.

“Sekiranya borang lengkap dan memenuhi prosedur ditetapkan, insya Allah pembayaran akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan borang,” katanya.

Pada suku kedua 2018, kerajaan akan melancarkan Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS) bagi memudahkan semakan status wang tidak dituntut .

Tambahnya, kira-kira 70 peratus WTD membabitkan urusan perbankan seperti akaun simpanan dan akaun semasa.

Manakala, tuntutan insurans pula meliputi 18 peratus dan 12 peratus lagi membabitkan penghutang dan pemiutang perdagangan.

Dari bulan Januari hingga bulan lalu, 52,015 pemilik akaun membuat semakan WTD di Jabatan Akauntan Negara dan paling ramai dari ibu negara, iaitu 34,353 orang.

“Ada juga kes pemilik akaun keliru dan menumbuk meja, ketika membuat semakan di Jabatan Akaun Negara kerana mendakwa wang mereka hilang.

“Dalam buku akaun simpanan mereka mempunyai simpanan RM20,000, tetapi apabila membuat semakan hanya ada RM215.

“Apabila disiasat mereka mengeluarkan simpanan menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tidak pernah mengemas kini buku akaun simpanan,” katanya.

WTD akan dibayar kepada pemilik wang berkenaan tanpa faedah mengikut Seksyen 11 (3) Akta WTD 1965.

SGMS Enal