Featured By: Ad Ops March 26, 2020 @ 5:36pm

Roti Gardenia dijual pada harga RM500? Cekik darah betul!

Tidak dinafikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu, bekalan roti agak sukar untuk didapati dan akan cepat habis.

Penulis sendiri menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan roti di kawasan tempat tinggal penulis, boleh dikatakan hampir empat pasar raya dan kedai serba aneka disinggah, namun kesemua rak kosong, memang laku habis!

bekalan roti perintah kawalan pergerakan

Kredit gambar: AmazingNara

Dalam pada penularan wabak COVID-19 dan kesukaran mendapatkan bekalan roti, ada juga pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kesempitan.

Menerusi satu hantaran dalam kumpulan The MAKAN Club di Facebook, seorang pengguna berkongsi sebungkus roti kecil jenama Gardenia dijual pada harga RM500! Memang tidak masuk akal kerana kenaikan harga itu kira-kira 200 peratus daripada harga asal RM2.50.

bekalan roti perintah kawalan pergerakan

Kredit gambar: The MAKAN Club

Selain itu, ada juga yang menjual pada harga RM250, memang cekik darah! Tidak pasti sama ada sekadar jenaka atau tidak, namun perbuatan berkenaan dianggap sebagai sangat tidak bertanggungjawab!

bekalan roti perintah kawalan pergerakan

Kredit gambar: World of Buzz

Bukan itu sahaja, ada juga pihak yang membuat jenaka dengan isu kesukaran mendapatkan bekalan roti dengan menjualnya menerusi aplikasi dalam talian dengan perincian penerangan yang tidak relevan seperti keadaan roti 9/10, baru guna sekali dan bekas ‘casing’ cantik.

bekalan roti perintah kawalan pergerakan

Kredit gambar: Carousell

Meskipun sekadar jenaka, dalam situasi negara dilanda wabak COVID-19, tidak wajar mengambil kesempatan dan memainkan isu sebegini seolah-olah tidak mempunyai akal fikiran.

Jika benar mereka menjualnya pada harga sebegitu, harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Apapun, jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan bertimbang rasa.

Jika membeli barangan keperluan seperti makanan, ingatlah sama orang lain dan jangan mementingkan diri sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 25 Mar 2020

COVID-19: Angka Kematian Meningkat, Malaysia Catat 17 Kes Hari Ini

Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes kematian hari ini di Muar,Johor  sekali gus menjadikan jumlah kematian di negara ini menjadi 17 kes.  Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , kes terkini membabitkan kes […]

Trending Wed, 18 Apr 2018

‘Status Itu Disalah Erti’, Pengulas Fesyen Jawab Kecaman

Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai, jadi saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral.

Trending Tue, 15 Dec 2020
Featured Tue, 5 May 2020
Featured Sun, 12 May 2019