Trending By: Salma Syahbuddin June 24, 2021 @ 1:25pm

Rujuk SOP Pelaksanaan Ibadah Korban Di Seluruh Wilayah Persekutuan Bagi Tahun Ini

Masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan dibenarkan melaksanakan ibadah korban sempena hari raya Aidiladha yang akan disambut pada 20 Julai 2021 nanti.

Namun segala proses penyembelihan binatang korban, lapah, potong dan pembungkusan daging korban hanya dibenarkan di rumah sembelihan sahaja.

Menurut, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata, rumah sembelihan berkenaan ialah Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan DVS mengikut penyelarasan Jawi.

Manakala, had kapasiti kehadiran bagi penyembelihan korban yang dibenarkan adalah TIDAK melebihi 12 orang termasuklah petugas yang bertugas di pusat penyembelihan.

Jom rujuk prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan ibadah korban pada tahun ini :

  1. Masjid & Surau

  • Pelaksanaan ibadah korban adalah dibenarkan
  • Namun proses penyembelihan, lapah, potong dan pembungkusan daging hanya dibenarkan di rumah penyembelihan DVS dan      rumah sembelihan ruminan swasta dilesenkan JPV

     2. Di kawasan Lapang selain Masjid & Surau

  • Dibenarkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),  JPV, JAWI dan Pejabat Kesihatan Daerah  (PKD)
  • Sembelihan tidak lebih 5 ekor sehari
  • Kehadiran TIDAK lebih dari 12 orang termasuk petugas

   3. Agihan Daging Korban

– Bagi setiap agihan korban, ia mestilah dibuat secara terus kepada :

  • Peserta ibadah korban
  • Fakir miskin mengikut senarai ditetapkan
  • Golongan sasaran
  • Petugas barisan hadapan

Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk patuh kepada penyelarasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui pejabat pentadbiran zon.

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Aug 2021

Isu Pegawai Halang Rakam Video Di PPV, Ini Respons KJ Sebagai Menteri Kesihatan Baharu!

Isu melibatkan rakaman video di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sering menjadi perdebatan dalam kalangan ramai. Walaupun kerajaan membenarkan rakaman video ketika suntikan diberikan di PPV, namun terdapat banyak situasi berlaku di mana orang awam tidak

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Diaib Bekas Kekasih, Video Separuh B*g*l Tular – Shuk Sahar Bakal Fail Saman Fitnah

Pelawak, pengacara dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dalam proses untuk memfailkan saman fitnah terhadap bekas kekasih Shuk yang dikenali sebagai Fara Salleh. Memetik laporan Harian Metro, Shuk

Featured Sat, 26 Nov 2022

“Jangan Pandang Rendah Diri Sendiri” – Bicara Comel Mika Buka Mata Netizen

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat warganet. @mika_and_daddy Jangan pandang rendah dekat diri sendiri ya. Kena percaya.

Events Tue, 2 Aug 2022

Ambil Cabaran Naikkan ‘Rating’ Hot FM, Johan Jawab Spekulasi Dapat Bayaran RM500,000 Sebulan

Wow! Betul ke Johan dibayar RM500K sebulan? 😮 Apapun welcome to Hot FM Johan, confirm letopss gandingan trio ni kan 😍

Trending Thu, 21 Oct 2021

REV Media Group Lancar Jenama Media Permainan & Hiburan dalam Bahasa Malaysia

Edisi serantau jenama media untuk permainan, hiburan dan budaya peminat terkemuka di dunia, IGN Southeast Asia kini lokal! Para peminat permainan video dan hiburan di Malaysia kini boleh mengakses maklumat eksklusif terkini, pratonton, temu bual,

Drama Fri, 15 Apr 2022

“Masih Malu… Tak Nak Bercakap, Senyap Je” – Pertama Kali Bergandingan Dengan Sharifah Rose, Ali Reza Ambil Masa Untuk….

Saksikan drama Do You Love Me, Captain? untuk melihat keserasian Sharifah Rose dan Ali Rezark bergandingan bersama.

Anugerah Mon, 13 Mar 2023

Raih Kemenangan Bawa Watak G*y, Aaron Aziz Angkat Drama Yang Terjadi Dalam Masyarakat

Bukan selalu dapat tengok Aaron berlakon bawa watak macam tu.. Tahniah!

Trending Thu, 9 Apr 2020

[Terkini] COVID-19: 109 Kes Baru, Jumlah Keseluruhan 67 Kes Kematian

Berikutan penularan wabak Coronavirus, KKM Putrajaya menerusi ciapan mengumumkan sebanyak 109 kes baru yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,228 kes. Manakala seramai 72 kes pesakit di ICU ( 43 pesakit

| Live TV