Trending By: Salma Syahbuddin November 3, 2020 @ 3:27pm

Safawi Rasid Mohon Peminat Bola Sepak Negara Jaga Adab

Pemain kaki kiri berbisa, Safawi Rasid menyedari harapan tinggi yang diletakkan oleh jutaan penyokong bola sepak tanah air yang mahu melihat dirinya beraksi di Portugal selepas menyertai kelab itu pada awal bulan lalu ternyata mengundang tanda tanya.

Namun, beliau mengakui telah melakukan yang terbaik bagi memikat perhatian barisan kejurulatihan namun rezeki masih belum memihak kepada dirinya lagi.

Sumber : Twitter

Mohon peminat jaga adab

Justeru itu, Pawi memohon agar peminat bola sepak negara supaya menjaga adab dan nama Malaysia terutama di laman sosial kelabnya, Portimonense SC.

“Saya harap penyokong bersabar. Saya tahu mereka tidak sabar untuk melihat saya tampil buat kali pertama tetapi kita jaga adab kita dan nama Malaysia kita. Apapun, terima kasih sentiasa memberi sokongan kepada saya

” Insya-Allah sampai rezeki saya, saya akan membuatkan penyokong gembira,” katanya.

Tidak tertekan dengan tindakan penyokong yang meletakkan harapan tinggi, Pawi bagaimanapun mengakui beliau perlu kuat untuk disenaraikan dan mendapat peluang beraksi selepas ini.

“Alhamdullilah hampir sebulan saya di sini, banyak perkara yang sudah saya pelajari. Apa yang penting saya perlu kuat untuk disenaraikan dan mendapat peluang beraksi” 

Malah, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu tetap menghargai peminat bola sepak negara yang sentiasa menyokongnya dan menganggap mereka adalah tulang belakang di atas kejayaan beliau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Aug 2019
Featured Fri, 28 Oct 2022
Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Featured Mon, 21 Aug 2023
Featured Mon, 3 May 2021

Bayaran i-Sinar Dibuat Pada Hari Isnin Sehingga 11 Mei

Umum maklum, sejak kerajaan memperkenalkan i-Sinar, isu ini sering menjadi tumpuan utama rakyat. Terbaru, Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan pembayaran bagi permohonan i-Sinar pada bulan ini akan dibuat pada Isnin sehingga 11 Mei ini. […]

Trending Fri, 5 Mar 2021

Haiza Ceritakan Kisah Perempuan Gila Talak

Setelah dua tahun tidak menghasilkan lagu baharu, penyanyi dan penyampai radio, Haiza akhirnya menarik nafas lega apabila lagu mengeluarkan lagu baharu berjudul Mantan Isterimu baru-baru ini. Lagu yang sudah pun berada di semua platform digital […]

Hiburan Tue, 26 Sep 2023