Trending By: Padin November 26, 2021 @ 4:32am

Sah Bergelar Suami Nik Nazira, Rupanya Yonnyboii Dah Berkahwin 20 November Lalu – “Saya Menikah Sehari Selepas Haqiem Rusli”

Penyanyi rap popular, Yonnyboii, 23, mengesahkan dirinya selamat melangsungkan pernikahan dengan tunang, Nik Nazira Narriman, 22, di Duchess Place, Ampang, pada 20 November lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin ketika dihubungi berkata, majlis pernikahan yang sepatutnya diadakan pada tahun hadapan itu telah dipercepatkan atas permintaan keluarga kerana bimbang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 👑 (@yonnyboii)

“Saya menikah sehari selepas Haqiem Rusli yang mana keluarga meminta kami mempercepatkan majlis. Majlis ringkas saja bersaksikan 20 orang ahli keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak.

“Tiada niat hendak merahsiakan pernikahan, cuma kami hanya ingin menjaga hati keluarga yang mana jumlah tetamu terpaksa dihadkan. Oleh itu, kami memilih untuk tidak terlalu menghebahkannya.

“Alhamdulillah, semua urusan untuk menikah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh sehari saja. Malah, baju nikah kami berdua berjaya disiapkan sehari saja.

“Sebenarnya keputusan untuk berkahwin ini dibuat tiga hari sebelum tarikh 20 November. Ibu saya yang meminta kami untuk memuat naik gambar di Instagram bagi mengelakkan fitnah. Kata orang, elok dihebahkan urusan perkahwinan,” katanya.

Terdahulu, Yonnyboii mengikat tali pertunangan dengan Nazira pada 9 Oktober lalu dan pasangan terbabit merancang untuk berkahwin pada 22 Januari 2022.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Dec 2022

Lagu Cinta Simbolik MonoloQue Kembali Ke Pangkal Jalan

Kumpulan MonoloQue kembali memberi fokus kepada irama dan lagu dengan buah tangan baharu berjudul Lagu Cinta. Lagu Cinta adalah gambaran awal kepada peminat bahawa berkemungkinan album ketiga mereka akan dikeluarkan. Selain itu, Lagu Cinta berkonsep

Trending Thu, 25 Jun 2020
Trending Tue, 17 Jul 2018

Elak Fitnah & Umpatan, Siti Nurhaliza Patuhi Nasihat Datuk K

Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan berlaku perbalahan sesama peminatnya.

Featured Mon, 5 Sep 2022

Terpaling Juara: “Kau Siapa Nak Sound-Sound Aku?” – Ifa Raziah Bidas Komen Guru Vokal

Wooo!! Panas bethol komen balas Ifa Raziah! Guru vokal tak guru vokal! 🔥🔥

Hiburan Thu, 1 Sep 2022

“Bukan Untuk Suka-Suka, Tetapi…” – Alicia Amin Jelas Isu Protes Di KLFW 2022

Pasti ada sebab tersendiri kenapa Alicia buat protes tu kan! Apapun Alicia memang ‘berani’!!

Trending Thu, 31 May 2018

Tak Suka Kalah, Selamat Tinggal Real Madrid…

Selepas tiga tahun, kelab ini memerlukan sentuhan baru. Saya tak nampak diri saya untuk terus menang tahun ini. Saya tak suka kekalahan!

Featured Sat, 11 Mar 2023
Featured Tue, 2 Aug 2022
Featured Fri, 3 Sep 2021

Ramai Tak Jujur, Neelofa Cadang Letak Foto Di Sijil Vaksinasi

Berikutan timbul pelbagai kes mengenai anti-vaksin dan sindiket penjualan sijil vaksin palsu baru-baru ini, selebriti popular Neelofa mengemukakan cadangan agar foto pengguna diletakkan di sijil vaksin individu yang telah lengkap dua dos. Neelofa mengutarakan cadangan

Featured Thu, 14 Apr 2022

| Live TV

error: Content is protected !!