Categories: Trending

SAH! Video ‘Semburit’ Haziq Tulen

Video intim yang melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan pasangan lelaki  mirip seorang menteri kanan disahkan tulen.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, namun begitu tiada pengesahan siapakah pelaku dalam video berkenaan.

“Jawapan yang kami terima, mereka kata tulen. Tapi mereka tak dapat sahkan seratus peratus siapa pelaku-pelaku dalam tu (video).

“Saya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai… perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

“Saya harap orang ramai khususnya faham tentang kekangan tanggungjawab saya sebagai ketua polis negara,” katanya dalam rancangan televisyen program Bicara Politikonomi: Cabaran PDRM bersama stesen televisyen RTM, malam tadi.

Isu video intim menjadi perhatian selepas Haziq yang juga bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat pengakuan dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip menteri Kabinet.

 

SGMS Faida