Trending By: Del14 September 28, 2019 @ 11:45am

Salam Takziah – Sultan Ismail Petra Mangkat

Salam takziah 

Berita kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra disahkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. 

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan jam 8.11 pagi ini.

Almarhum ialah ayahanda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan kali terakhir.

Istiadat pemakaman dijangka dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu Kelantan.

Susulan kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra, kerajaan negeri mengumumkan Ahad, 29 Sept dan Isnin, 30 Sept sebagai cuti peristiwa di Kelantan

Almarhum baginda sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana mengalami strok pada 14 Mei 2009.

Kerajaan Negeri Kelantan melantik 10 pakar perubatan sebagai panel bagi memeriksa tahap kesihatan baginda.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Trending Fri, 4 Oct 2019

Bayi Maut Kepala Terkena Kipas Siling

Bapa Tiri Dakwa Tak Sengaja Lambung Anak

Trending Mon, 26 Nov 2018

Teman Lelaki Lamar Dalam Stadium, Bertuah Sungguh Shinna!

“Jom Kahwin Saya Shinna” menjadi bualan antara sosial media platform dimana siapakah gadis bertuah ini

Trending Fri, 27 Mar 2020
Trending Wed, 15 Jul 2020

Malaysia Catat 4 Lagi Kes Covid-19

Terus amalkan kebersihan dan kawalan kendiri !

error: Content is protected !!