Trending By: Padin April 28, 2022 @ 2:15pm

Sambut Hari Raya Dengan Berbeza Tetapi Lebih Bermakna

Syawal kali ini umat Islam Malaysia menzahirkan rasa kesyukuran kerana dapat pulang menyambut lebaran di kampung halaman.

Disambut dengan cara berbeza di setiap negeri, Aidilfitri tahun ini pastinya lebih bermakna apabila sanak saudara daripada pelbagai latar belakang dan budaya berkumpul bagi memeriahkan lebaran kali ini.

Justeru, bagi memeriahkan lagi sambutan Syawal, Tenaga Nasional (TNB) tampil dengan sebuah filem raya berjudul ‘Raya Macam Cara!’.

Berbeza tapi bermakna

‘Raya Macam Cara!’ mengisahkan empat orang sepupu iaitu Alyssa, Sofea, Noah dan Imran yang menetap di serata Malaysia dan pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga besar mereka di Kedah.

Sepanjang berada di kampung, mereka menyedari terdapat pelbagai cara dalam menyambut raya. Ini termasuklah corak dan jenis pakaian, kemeriahan hidangan serta keunikan dialek dari setiap negeri.

Walaupun berbeza, mereka tetap saling menghargai keunikan latar belakang dan budaya masing-masing lantas merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.

Mungkin cara sambutan Aidilfitri kita berbeza, namun inilah keunikan yang memeriahkan lagi sambutan serta memberikan kenangan manis buat ahli keluarga.

Jangan lupa untuk menonton filem Raya Macam Cara! di saluran YouTube TENAGAofficial dan ikuti TNB di Facebook serta di Instagram untuk perkembangan terkini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Wed, 11 Jan 2023

“Keputusan Bercerai Atau Tidak Selepas Balik Umrah” – Isteri Shuk Sahar

Shuk tunai umrah dengan Sera… moga yang baik-baik saja

Featured Wed, 1 Mar 2023

“Suami Tak Tegur Ke?” – Kain Terbelah Paras Betis, Penampilan Uqasha Senrose Ditegur.. Ini Respons Tuan Badan

Amboiiii, jahatnya mulut 🥵 Pelan pelan la kan berubahh, takpa Uqasha tetap cantik dimata Min ❤️