Trending By: SGMS Enal October 27, 2018 @ 8:15am

“Sampai Korea Pukul 8 Pagi, 4.30 Petang Kena Hantar Balik Malaysia,”

Korea merupakan salah satu destinasi pelancongan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.  Ia mungkin disebabkan oleh drama bersiri Korea yang menampilkan destinasi-destinasi romantik di sana sehingga membuatkan rata-rata daripada kita teringin nak ke negara ini.

Walaupun begitu, lain pula ceritanya dengan lelaki ini yang berdepan dengan pengalaman tak berapa ‘best’ ketika lawatannya ke Korea baru-baru ini.  Ceritanya bermula apabila Fahmi, sebagai pemandu pelancong sambilan dihantar balik hanya kerana tidak mengisi jenis pekerjaan dalam ruangan kad ketibaan di sana.

Melalui laman Facebook miliknya, dia berkongsi bagaimana pengalaman itu memberi kesan dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Kejadian berlaku pada 4 Oktober lalu sebaik Fahmi dan enam lagi pelancong tiba di Lapangan Terbang Incheon.

“Seperti negara-negara lain yang aku pergi sebelum ni kebiasaannya aku tidak pernah isi jenis pekerjaan di dalam borang ketibaan arrival card dan boleh diterima tetapi negara Korea kali ni aku terkandas.”

Semasa soal siasat dijalankan, pegawai imigresen bertugas tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Fahmi, membuatkan dirinya terpaksa dibawa ke bilik pengasingan.

“Benda pertama buat kat dalam tu mereka mintak cop 2 jari telunjuk kanan dan kiri.  Tangkap gambar sekeping dan borang untuk diisi.  Semua data yang nak kena isi dalam form tu sama macam arrival card cuma form dia dalam bentuk A4.”

Gambar Hiasan

“Semasa menunggu masa untuk di soal siasat aku cuba minta izin dari pegawai imigresen untuk memberi wang kepada rakan yang sedang menunggu di luar, tapi permintaan aku ditolak sekeras-kerasnya oleh pegawai tersebut.”

Tiba masa disoal siasat, Fahmi dibantu seorang pegawai penterjemah yang menolongnya hanya melalui telefon pejabat imigresen tersebut.

“Soalan pertama yang dia tanya adalah mengenai pekerjaan aku, jadi memang aku syak diaorang meragui dengan pekerjaan aku.  Soalan seterusnya aku ditanya berapa ramai yang datang bersama dengan nama penuh setiap daripada mereka.”

Selain daripada soalan diatas, Fahmi turut dilontarkan dengan beberapa pertanyaan seperti destinasi yang ingin ditujui dan jumlah duit yang dibawa ke sana.

“Sebelum mengakhiri soal siasat, aku cuba berkomunikasi dengan penterjemah supaya maafkan aku sebab ini kali pertama aku ke sana, tapi belum sempat penterjemah menterjemah apa yang aku cakap, talian diputuskan.”

“Aku terus dihulrkan satu lagi borang untuk ditandatangan dan diberitahu yang aku tidak dibenarkan masuk ke Korea.”

Terkilan kerana tidak dapat memberikan wang kepada rakannya yang tunggu di luar, Fahmi diring ke ruang pelepasan antarabangsa sebaik saja soal siasat tamat.

“Setelah selesai soal siasat aku terus diiring ke ruang pelepasan antarabangsa untuk dihantar pulang ke Malaysia. Siap escort sampai dalam flight kau.  Passport aku memang dia pegang dan diberikan setibanya di KLIA.

Pengalaman ini dikongsi Fahmi bertujuan sebagai peringatan kepada bakal-bakal pelancong yang ingin ke Korea supaya tidak melalui perkara yang sama terjadi kepada dirinya.

“Pastikan arrival card korang isi penuh.  Jangan tinggalkan ruang kosong.  Bermula dengan tak tulis pekerjaan, diakhiri dengan penghantaran pulang. Sedih memang sedih, tapi aku fikir positif je la.  Allah perancang yang terbaik. Hanya Dia tahu segala-galanya.”

Sumber: BocahLanang SuDirwan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022
Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

11 Tahun Tunggu Zuriat Kedua, Oktovia Manrose Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Pelakon Oktovia Manrose selamat melahirkan bayi perempuan pada 6 Disember lalu. Perkongsian tersebut telah dimuat naik sendiri oleh Oktovia atau nama sebenar Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman di laman Instagramnya dengan kapsyen yang cukup […]

Trending Wed, 20 Nov 2019

41 Penyokong Harimau Malaya, Garuda Ditahan Polis

Mereka ditahan utuk tujuan dokumentasi dan telah dibebaskan selepas proses tersebut

Featured Tue, 11 Oct 2022

Azhan Rani Dedah Pernah Alami Nasib Sama Seperti Wafariena – “Siapa Nak Tanggungjawab?”

Hmm siapa tak sayang nyawa kan? Semoga perkara ini ada jalan penyelesaiannya

Kisah Viral Mon, 27 Nov 2023
Featured Thu, 2 Mar 2023
Trending Thu, 24 Jun 2021

Rossa Alami Kerugian Hampir RM300,000 Gara-Gara Positif Covid-19

Penghibur terkenal Indonesia, Datuk Rossa terpaksa menanggung kerugian berjumlah 1 bilion rupiah (RM288,234) selepas disahkan positif COVID-19. Mendedahkan dirinya pernah dijangkiti virus berkenaan, nilai kerugian terbabit terpaksa ditanggung kerana dia terpaksa menolak banyak tawaran persembahan […]

Featured Fri, 21 Jan 2022