Trending By: Salma Syahbuddin April 15, 2021 @ 2:06pm

Sanggup Redah Hujan, Ebit Lew Turun Padang Bantu Peniaga Bazar Ramadan

Baru sahaja beberapa hari pulang ke Malaysia selepas misi bantuan Rumah Kasih Umat di Durban, South Afrika, namun itu tidak langsung mematahkan semangat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk terus menghulurkan bantuan kepada peniaga bazar Ramadan yang terkesan akibat cuaca buruk yang melanda sejak akhir-akhir ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook dan instagram miliknya, Ebit Lew sebak apabila melihat khemah jualan seorang peniaga Yong Tau Fu di Wangsa Maju rosak diterbangkan angin ketika hujan ribut semalam.

Menurut Ebit, anggaran kerugian yang ditanggung peniaga berkenaan adalah sebanyak RM800.

“Sebak sayu rasa hati semalam bila tengok khemah makcik jual Yong Tau Fu di Wangsa Maju runtuh rosak diterbangkan angin waktu hujan ribut kuat semalam
“Baru hari pertama berniaga. Semuanya rosak. Dekat Rm800 juga semuanya modal. Berat ujian mereka. Disinilah rezeki dan harapan mereka. Ujian mereka
“Saya terus ke sana tadi. Saya belikan 7 khemah baru beli untuk mereka buat 7 peniaga yang tiada khemah. Berikan sedikit duit belanja buat sebahagian peniaga

 

“Betapa besar harapan seorang peniaga menanti bazar Ramadhan ini. Dengan nak dapat tapak. Ramai yang nak masuk. Dengan keadaan covid 19 sekarang. Allahuakbar
“Bila saya beri sedikit duit tadi wajah makcik ni berubah sebak sayu jer. Ucap terima kasih. Gembira rasa dapat melihat beberapa peniaga gembira hari ini. Tulisnya.

Selain itu, ustaz Ebit juga sempat membeli makanan di tiga buah gerai  untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa kepada orang ramai. Disamping turut mendoakan agar segala urusan peniaga di bazar Ramadan mahupun di pasar-pasar malam di seluruh Malaysia sentiasa dipermudahkan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Dalam perkembangan lain, Ustaz Ebit juga sempat menghidangkan nasi tomato kepada 300 orang gelandangan untuk berbuka puasa disekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Apr 2024

Penuhi Hasrat Ibu, Sherry Alhadad Beraya Seminggu Di Kuching

Bestnya beraya kat kampung halaman! Sherry raya Sarawak, korang raya mana? 🥰

Kisah Viral Mon, 8 Aug 2022

Perkahwinan Di Selatan Thailand Perlu Segera Didaftarkan di Malaysia

Pasangan yang bernikah di Selatan Thailand perlu segera daftar pernikahan di Malaysia.

Trending Wed, 17 Mar 2021
Trending Sun, 28 Mar 2021

“Seperti Mana Jodoh, Perihal Zuriat Juga Saya…” – Bercerita Soal Cahaya Mata, Neelofa Tak Tolak Jika…

“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” itu kata-kata selebriti popular, Neelofa yang baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan […]

Featured Thu, 16 Mar 2023