Trending By: Salma Syahbuddin April 14, 2021 @ 2:15pm

“Saya Bukan Islam, Tapi…” – Alvin Chong Pun Bangun Sahur, Siap Tinggal Pesanan ‘Last’ Paling Win Buat Peminat!

Walaupun kemeriahan sambutan ramadan kali ini masih sama seperti tahun lepas, namun itu bukan alasan untuk kita membiarkan ramadan kali ini berlalu pergi begitu sahaja.

Malah, ada diantara rakan-rakan artis yang bukan beragama islam juga turut sama meraikan bulan penuh keberkatan ini dengan berpuasa.

Penyanyi dan pelakon, Alvin Chong masih meneruskan amalan berpuasa sama seperti sebelum ini. Malah, menerusi ‘LIVE’ di instagram miliknya, Alvin turut memberitahu bahawa dia juga amat menggemari buah kurma.

“Saya bukan Islam, tapi saya cubalah berpuasa…dan menghormati orang Islam. Dan, untuk nutrien dan tenaga sepanjang puasa ni, korang kena lah makan kurma okay…”
” I loved kurma… susu kurma ke apa-apa ke, korang sama-sama puasa ye, tahan!”

Namun, apa yang menarik perhatian adalah pesanan terakhir Alvin kepada semua peminatnya sebelum menamatkan LIVE instagramnya agar peminatnya tidak meninggalkan solat.

“Okay dah habis makan, lepasni boleh siap-siap buat aktiviti pula. Siapa nak sambung tidur tu, pergilah tidur tapi jangan tinggal solat! Selamat berpuasa…”

Dan rata-rata peminat dan pengikut Alvin memuji tindakannya itu yang sanggup bangun sahur untuk sama-sama berpuasa di bulan Ramadan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Feb 2022
Featured Tue, 27 Sep 2022
Featured Mon, 10 May 2021

PKP Di Seluruh Negara Hingga 7 Jun, Sektor Ekonomi Dibenarkan Beroperasi

Menerusi kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan. Perkara itu dimaklumkan selepas mempengerusikan Sidang Khas […]